(Video) Kepala tersangkut di celah dinding eskalator


Seorang gadis di China mengalami kecederaan selepas kepalanya tersangkut di antara eskalator dan dinding berhampiran mesin itu, lapor Nextshark

Menurut laporan laman Eastday pula, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Liaoyang, wilayah Liaoning. 


Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa sebelum itu dilihat menaiki eskalator berkenaan dan memandang ke tingkat bawah sebelah kiri eskalator. 

Malangnya, mangsa tidak menyedari jaraknya yang semakin dekat dengan dinding di hadpan lalu menyebabkan kepalanya terhentak dan tersangkut di antara eskalator dan dinding tersebut. 

Seorang lelaki dan wanita dipercayai ibu dan anak berada di hadapan mangsa, terkejut dan segera berlari ke depan selepas menyaksikan kejadian yang menimpa mangsa. 

Meskipun kepalanya terseret beberapa meter, mangsa berjaya melepaskan diri sebelum menangis kesakitan dan menahan kecederaan yang menyebabkan pendarahan serius ke kepalanya. 

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga kanan akibat kejadian itu. 

Berdasarkan gambar yang viral di media sosial, mangsa dilihat menahan kecederaan di bahagian kanan kepalanya. 








Selepas kejadian itu, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tidak dimaklumkan sama ada dia dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.