Kanak-kanak OKU diberi dadah sebelum diperkosa 17 lelaki selama 7 bulan



Seorang kanak-kanak perempuan (OKU pendengaran) berusia 11 tahun diberi dadah sebelum dirogol bergilir-gilir oleh 17 lelaki durjana dalam tempoh hampir tujuh bulan, lapor Hindustan Times

Mangsa dirogol sekumpulan lelaki terbabit yang bekerja di bangunan kediaman mangsa dalam kejadian di Chennai, India. 

Timbalan Komisioner Polis daerah Kilpauk, Chennai, S. Rajendran berkata, suspek telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa sejak pertengahan bulan Januari hingga Julai. 

Menurut beliau, sebelum mangsa dirogol, mangsa juga diberikan dadah di bilik generator di bangunan kediamannya. 

Difahamkan, mangsa dirogol pengendali lif berusia 66 tahun sebelum menjemput beberapa rakannya yang lain berusia antara 20 hingga 60 tahun menyertainya melakukan jenayah itu secara bergilir-gilir. 

Kejadian itu juga berlaku di beberapa tempat lain di dalam bangunan yang sama seperti di tempat letak kereta, gym, bilik rehat awam dan lain-lain. 

Bimbang perbuatan terbongkar, suspek mengugut mangsa menggunakan pisau agar tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa atau mereka akan menyebarkan video mangsa dirogol beramai-ramai. 

Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada kakaknya. Keluarga mangsa kemudian segera bertindak dan membuat laporan polis. 



Susulan itu, polis telah menahan semua suspek di bawah Akta Kesalahan Seksual dan Perlindungan Kanak-kanak dengan dakwaan merogol, cubaan membunuh dan ugutan jenayah. 

Tetapi, hanya empat suspek yang mengaku telah merogol mangsa, sementara dua lagi suspek mengaku hanya mencabul mangsa. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.