(Video) Padah bersikap kurang ajar, pekerja McDonald's belasah pelanggan


Viral di media sosial video seorang kakitangan McDonald's Las Vegas, Nevada, membelasah dan menghentak muka pelanggan dengan dulang besi selepas wanita itu membaling milkshake dan menghina ibunya, lapor Daily Mail.

Menurut seorang saksi kejadian, Marie Dayaq, sebelum kejadian itu berlaku, Erika Chavolla, 24, yang bekerja di McDonald's Las Vegas mendakwa pelanggan berkenaan, Sabrinah Fontelar, 24 cuba meminta bekas minumannya diisi dengan air soda secara percuma. 

"Perempuan itu minta cawan dan penyelia tutup mesin soda itu kerana enggan memberikannya air soda percuma, sebelum kedua-duanya bertengkar yang seterusnya membawa kepada pergaduhan besar," katanya. 


Berdasarkan video, Sabrinah terdahulu dilihat memprovok Erika untuk bergaduh selain menghina ibunya sebelum Erika datang dan Sabrinah terus mencampakkan milkshakenya dan memukul muka Erika dengan dulang besi.

Berang dengan tindakan Sabrinah, Erika terus mara dan menumbuk muka wanita itu berkali-kali, selain menarik rambut dan menghempasnya ke meja. 

Penyelia restoran itu cuba meleraikan kedua-dua dari terus bergaduh, malangnya Sabrinah bertindak memukul penyelia berkenaan yang kemudian menerima balasannya apabila penyelia itu menyerang Sabrinah kembali. 

"Mak aku belum mati lagi! Hormat sikit kat mak aku!" kata Erika dalam video viral itu. 


Selepas kejadian itu, Erika menjelaskan dia pada awalnya tidak berniat menyerang Sabrinah. 

"Saya bukannya nak pukul dia. Tetapi bila dia nampak ada gadis besar datang ke arahnya, dia mula ketakutan. Sebab itu, jangan cakap apa-apa tentang mak saya," katanya. 

Difahamkan, Erika masih bekerja di restoran berkenaan seperti biasa. 

Sementara itu, McDonald's berkata, pihaknya sedang menyiasat insiden tersebut.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.