'Mereka kata kalau bukan sebab arwah, saya takkan ada apa-apa' - Ibu 2 anak terkilan, adik ipar tuntut harta arwah suaminya


Terkilan hati seorang ibu kepada dua orang anak perempuan ini apabila keluarga arwah suaminya menuntut rumah yang didudukinya sekarang atas alasan rumah itu adalah harta kepunyaan abang mereka.

Lebih teruk lagi apabila mereka mendakwa, kakak ipar mereka tidak mampu memiliki rumah itu jika bukan kerana arwah abang mereka.

Difahamkan, pasangan suami isteri ini telah membeli rumah dengan sedikit duit tambahan dari isteri sebanyak RM25,000 bagi membolehkan permohonan suaminya melepasi syarat pinjaman perumahan. 

Namun suaminya telah meninggal dunia pada tahun 2017 tanpa sempat membuat wasiat atau hibah. 

Mahu atau tidak, dia kini terpaksa mencari jalan untuk mempertahankan rumah itu kerana dia juga menyumbang wang untuk membeli rumah itu pada awalnya. 

"Selama ini saya baik dengan mereka, beraya tak ada masalah. Mereka kata kalau bukan sebab abang mereka, saya takkan ada apa-apa. Padahal mereka tak tahu," katanya. 



Menurut pakar hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad, masalah seperti ini boleh dielakkan sekiranya suami mengambil langkah awal membuat wasiat atau hibah takaful. 

Bila isteri dan anak kena keluar dari rumah? 

ISTERI ini baru kehilangan suami tercinta. Dia dulu pernah bekerja. Namun demi menjaga dua anak gadis tercinta, dia lepaskan jawatan jururawat demi keluarga.

Dia pernah menyumbang RM25,000 untuk membeli rumah impian keluarga kerana suaminya tentera tidak mampu biaya. Hari ini, keluarganya menuntut secara faraid kediaman itu sedangkan dia telah tidak bekerja. 


Cadangan saya:

1. Buat tuntutan harta sepencarian. Dulu kediaman dibeli dengan harga RM200,000. Kini nilainya dah jadi RM400,000. 

2. Dia boleh menuntut 50% dari nilai semasa sebagai harta sepencarian. Sediakan bukti juga segala wang yang dia sumbangkan RM25,000 sebelum ini. 

3. Isteri akan mendapat 1/8 dari baki. Ibu dan ayah akan dapat 1/6 dan anak-anak gadis yang tersayang dapat satu bahagian. Selebihnya akan pergi ke waris yang berhak menuntut. 

4. Suami tercinta, sebelum bencana ini berlaku pada keluarga kita, ambillah hibah takaful yang boleh menggantikan pendapatan suami. 

Bayaran ini, agensi takaful akan bayar dalam tempoh 60 hari selepas kematian. Bayaran minimum serendah RM25 sebulan bergantung kepada kemampuan kita. 

5. Buatlah wasiat di Amanah Raya dengan kos bayaran RM350 untuk keluarga kita. 

6. Atau jual bahagian sepencarian yang bernilai RM200,000 tersebut, dapat duit beli rumah kecil bernilai RM100,000. Guna baki RM100,000 untuk memulakan hidup baru. 


Jangan tinggalkan bencana kewangan buat isteri kita wahai suami kacak bergaya. Santuni mereka bila kita tiada dengan baik. Sekadar pandangan saya. 

Azizul Azli Ahmad
Saya bukan agen takaful


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.