'Awak tak layak dipanggil guru!' - Guru lelaki didakwa rogol pelajar tingkatan 2 dalam bilik muzik, diburu polis

Foto suspek yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Bintulu


Seorang guru lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian serangan seksual terhadap pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah di daerah Sebauh, Bintulu, Sarawak. 


Lapor portal Sin Chew, mangsa berusia 14 tahun telah dirogol oleh suspek di dalam bilik muzik dan kejadian itu terbongkar selepas mangsa terpaksa menyembunyikan kejadian itu dari keluarganya lebih dari dua bulan, setelah diugut oleh suspek.


Difahamkan, keluarga mangsa berasa curiga melihat perubahan mangsa yang kelihatan murung lalu mendesaknya untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Mangsa kemudian menceritakan tentang perbuatan keji guru terbabit yang telah mengambil kesempatan terhadap dirinya. 


Terkejut dengan kejadian itu, mangsa dibawa oleh keluarganya ke balai untuk membuat laporan polis sebelum diambil keterangan dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.


Bertindak di atas laporan itu, suspek, Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir, 33, untuk membantu siasatan. 


Siasatan awal mendapati, mangsa telah dipanggil oleh suspek untuk datang ke sekolah pada penghujung cuti Hari Raya Aidilfitri, 5 Mei 2022. Mangsa datang bersama dengan sepupunya, 15, dan setibanya di bilik itu, suspek meminta mangsa masuk seorang diri sementara sepupunya menunggu di luar. 


Di kesempatan itu, suspek telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa. Suspek juga mengugut mangsa untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu atau berdepan dengan akibatnya. 


Dalam kejadian kedua iaitu beberapa hari sebelum berakhirnya cuti sekolah sempena Hari Gawai, suspek sekali lagi meminta mangsa datang ke tempat yang sama. Mangsa yang datang seorang diri kemudian diserang secara seksual. 


Bagaimanapun menurut individu yang menularkan kes itu di media sosial, Jenifer Lawrence berkata, suspek telah menghilangkan diri dan ada pelajar lain juga yang pernah menjadi mangsa suspek. 


Screenshot status luahan kemarahan orang awam berhubung kes itu yang tular di media sosial


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Supritendan Batholomew AK Umpit dalam siaran media yang dikeluarkan hari ini mendedahkan gambar penjawat awam terbabit yang berasal dari Tumpat, Kelantan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Suspek merupakan seorang penjawat awam dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit satu kes rogol yang dilaporkan pada 29 Julai 2022 di Daerah Bintulu, Sarawak. 


"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nuriman Hadi di talian 0019-3517155 atau bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304," katanya. 


Sumber: Sin Chew, IPD Bintulu, Jenifer Lawrence



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.