(Video) 'Driver takde common sense + takde otak' - Pemandu Myvi sticker P park laluan OKU tanpa rasa bersalah
Tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu lelaki meletakkan kenderaannya di laluan khas bagi orang kurang upaya (OKU), mengundang kemarahan netizen.
Video yang dimuat naik oleh Intan Harith di TikTok sejak semalam, mendapat perhatian netizen yang rata-rata menyelar pemandu terbabit bukan sahaja tidak bertanggugjawab, malah menyusahkan orang yang perlu menggunakan laluan itu terutamanya OKU yang menggunakan kerusi roda.
"Betullah kata orang, organ paling mahal adalah otak sebab jarang guna. Viralkan saja," kata Intan pada kapsyen video tersebut.
Menurut Intan, disebabkan itu dia terpaksa menggunakan laluan yang jauh untuk menurunkan bapanya yang menggunakan kerusi roda ke jalan raya.
Dalam masa yang sama, pemandu terbabit muncul dan tanpa sebarang rasa bersalah mahupun meminta maaf, terus masuk ke dalam kereta beredar dari lokasi.
"Saya dan hangin dan berpeluh tunggu nak turunkan abah ke jalan raya. Kena pusing jauh sikit guna jalan satu lagi untuk turunkan abah.
"Masa dah tolak abah ke jalan raya, baru pemandu lelaki itu datang dengan rasa tak bersalah dan tak cakap minta maaf sebab susahkan kami kena pusing jalan," katanya.
@intanharith Bethol lah org Cakap ... Organ paling Mahal ialah OTAK .... sebab jarang Guna .. VIRAL KAN JE
♬ bunyi asal - Mhd Aizzat - AizzatFromYT
Di ruangan komen, netizen menyelar lelaki terbabit, apatah lagi dia masih lagi mempunyai pelekat P (pemandu baharu) tetapi sudah mula berani melakukan kesalahan tersebut.
"Call PBT situ untuk towing, biar dia rasa. Kalau orangnya menunggu dalam kereta, boleh dimaafkan lagi. Tapi ini tinggal parking terus, ini punca kemarahan," kata Pev Rider.
"Suami saya pakai kerusi roda pernah kena macam ni. Saya rakam video dan kemudian ada customer lain beritahu owner kereta. Cepat-cepat owner datang alihkan kereta tanpa minta maaf," kata Roslind.
Sumber: TikTok Intan Harith
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment