(Video) 'Sampai sini je hubungan kita, mak nak menantu kerja kerajaan bergaji besar' - Lelaki kecewa ditinggalkan kekasih



Hasrat menyambut kepulangan bakal tunangnya dari Mesir tidak kesampaian apabila lelaki ini terpaksa menerima hakikat apabila wanita itu mahu memutuskan perhubungan mereka. 


Dalam video yang dimuat naik Ammar Izzudin di TikTok menunjukkan, dia membawa sejambak bunga sebagai kejutan untuk buah hatinya yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 


Malangnya, kejutan itu 'bertukar tangan' di mana Ammar sendiri yang terkejut dengan tindakan wanita itu yang mahu memutuskan perhubungan mereka atas alasan yang tidak masuk akal. 


"Saja nak buat surprise sebab awak baru balik dari Mesir. Lastly kena block macam tu je," kata Ammar. 


Berdasarkan screenshot perbualan di aplikasi WhatsApp, wanita itu memberikan alasan ibunya tidak redha dengan perhubungan mereka disebabkan Ammar bukan bekerja dengan kerajaan. 


"Awak, saya rasa mungkin sampai takat sini ja kowt hubungan kita. Saya rasa mak tak redho (dengan hubungan) kita laa sebab dia nak (bakal menantu) yang kerja kerajaan dan bergaji besar. 


"Mungkin ini ketentuan Tuhan yang sudah mengaturkan pertemuan kita. Minggu depanm ada seorang kerani kerajaan dah nak masuk meminang saya," katanya sebelum bertindak menyekat Ammar dari WhatsApp. 


@malikul_ammar tak sangka jadi macam ni #curang #pilihkasih #fyp @akademinikah.com ♬ Rumah Singgah - Fabio Asher


Ammar sebelum itu sempat memujuk dan menjelaskan bahawa dia sudah menyediakan busana pengantin dan semua kelengkapan untuk majlis pertunangan mereka yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Tetapi, wanita itu tidak mengendahkan dan nekad dengan keputusannya. 


"Saya dah belikan baju dan sediakan semua dah untuk awak. Minggu depan kan kita dah nak bertunang. Janganlah buat saya macam ni. Saya dah beli cincin.." rayu Ammar. 


Di ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib Ammar dan tidak menyangka lelaki bujang yang memiliki kereta mewah seperti Mercedes, turut ditolak oleh pasangannya. 


@malikul_ammar Replying to @petgodzilaa #MONICAATEST ♬ Fire - Official Sound Studio


Meskipun terkesan dengan perbuatan bekas teman wanitanya itu, Ammar memilih untuk move on dan menggunakan wang simpanan yang sepatutnya untuk majlis pertunangan, digunakan untuk mengubahsuai kenderaannya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.