(Video) 'Salah saya letak vape dekat mulut baby tu' - Bergurau tak bertempat, lelaki ditahan polis



Tular di media sosial baru-baru ini video yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan vape pada mulut bayi perempuan berusia tujuh bulan, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam perbuatannya itu. 


Akibat dari perbuatannya itu, polis telah menahan lelaki terbabit pada Isnin, selepas menerima satu laporan yang dibuat berhubung video tular tersebut. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, pihaknya menerima laporan dari ibu bayi berkenaan pada jam 2.56 petang Sabtu lalu.



Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 23 tahun itu merupakan kenalan kepada ibu saudara bayi itu. Suspek yang juga peniaga ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Menurut ibu bayi berkenaan, pada hari kejadian itu berlaku, dia bersama anaknya berada di kedai makan tersebut bersama adik perempuannya dan suspek lelaki yang juga kenalan adiknya. 


"Suspek sedang memangku bayi itu dan secara tiba-tiba dengan niat bergurau meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi berkenaan. 


"Kejadian itu dirakam adik perempuan pengadu sebelum rakaman dimuat naik oleh adiknya di laman media sosial, sekali gus menjadi tular. Video itu kemudian mendapat kecaman masyarakat di media sosial," katanya. 


Sementara itu, turut tular di media sosial permohonan maaf lelaki terbabit yang menjelaskan dia hanya sekadar bergurau dengan bayi itu. 


"Saya Haikal nak maklumkan bahawa video yang viral baru-baru ini, kami dah pergi ke balai polis bagi tujuan membetulkan banyak kenyataan-kenyataan yang tidak betul (tular di media sosial). 


"Salah saya sendiri letak vape dekat mulut baby tu. Vape itu dah tak function. Dia memang selalu buat main. Pihak polis dah ambil statement. Salah saya, salah kami dan saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua," jelasnya. 




Sumber: Twitter Fanaizty, Harian Metro

Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.