(Video) Pemandu Singapura geser kereta Tunku Idris, disaman RM300 (S$92) kerana lalai



1 Ogos lalu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah kereta dari Singapura menggeser kenderaan miliknya yang diparkirkan di hadapan sebuah kedai di Jalan Serampang, Taman Pelangi. 


Akibat dari pergeseran itu, kereta kesayangannya mengalami calar dan apa yang membuatkan Tunku Idris kesal adalah tindakan pemandu terbabit yang terus berlalu pergi begitu sahaja. 


Kejadian itu berlaku pada jam 2.17 petang semasa pemandu BMW berkenaan mahu meletakkan kenderaannya di petak parkir yang kosong.


Difahamkan, kereta milik Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e yang 100 peratus menggunakan kuasa elektrik dan tidak mempunyai enjin. 


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan telah mengeluarkan saman sebanyak RM300 (S$92) terhadap pemandu warganegara Singapura terbabit. 


Lelaki berusia 62 tahun itu dipanggil ke Balai Polis Traifik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan semalam untuk diserahkan saman.


"Dia disaman mengikut Rule 10 LN166/59 itu kemudian menjelaskan saman sebanyak RM300 pada 1.45 petang. 


"Saman dikeluarkan di bawah Rule 10 LN166/59 iaitu kesalahan lalai mengawal pergerakan kenderaan dengan baik yang mana saman boleh dikenakan maksimum RM300," katanya. 



Sumber: Harian Metro



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.