'Memang itu harganya' - kata cashier kedai bakeri di HSI yang dikecam kerana jual roti sosej RM5
Choudhry Sundaram Padiachee mengakui dia terkejut selepas terkejut dengan tindakan pihak kedai yang mengenakan harga roti sosej tidak boleh dibawa bincang.
"Terkejut dengan harga Chicken Sausage Bun yang harganya tak boleh bawa bincang. Yes, you have seen it right, RM5.00 for a simple roti sosej.
"Keluar sekejap dari kedai tersebut, kot-kot berada di shopping mall (harga sewa mahal, jadi harga roti mahal okaylah).
"Tanya balik cashier untuk pastikan semula harga roti sosej ni, cashier mengangguk dan kata ya, memang itu harganya seperti yang tertera pada resit tersebut.
"Kalau macam ni lah harganya, macam manalah keluarga pesakit, staff nak beli atau support kedai-kedai kecil di hospital? Sewa tapak kat government mahal sangat ka sampai kena naikkan harga macam ni? Atau pun harga bahan mentah mahal sangat?" katanya.
Susulan luahan itu tular di media sosial, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan surat teguran terhadap syarikat yang menjual roti tersebut.
Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu berkata, pihaknya telah membuat semakan dan isu berkenaan adalah berasas. Syarikat tersebut juga diarahakan untuk menurunkan harga jualannya kepada harga yang wajar.
"Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan," katanya.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment