Azizan Osman tersenyum riang, akhirnya miliki gelaran 'Dr' secara sah, bukan lagi 'ikat tepi'


Pernah diselubungi kontroversi menggunakan gelaran 'Dr' palsu pada 2016 yang membabitkan beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, Mentor Keusahawanan Azizan Osman akhirnya memperoleh Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management, Switzerland. 

Menerusi Facebooknya, Azizan memuat naik ucapan tahniah terhadap dirinya dari syarikat RichWorks International di atas kejayaannya menamatkan pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan institusi berkenaan. 

"Dengan sukacitanya kami di RichWorks International ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Azizan Osman di atas kejayaan terkini beliau menamatkan pengajian Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan (DBA) dari VU School of Management, Switzerland di dalam majlis graduasi di AsiaWorld-Expo Hong Kong baru-baru ini. 

"Perasaan bangga yang hadir setiap kali melihat beliau berjaya capai apa yang beliau impikan menjadi teladan untuk kami contohi dan ini adalah momen yang sangat bermakna bagi kami di RichWorks," kata kenyataan itu. 


Sebagai bukti, video yang menunjukkan Azizan berada dalam majlis graduasi itu dan juga bukti penerimaan skrol. 

Pada 2016, negara dikejutkan dengan kontroversi penafian beberapa institusi pengajian tinggi dan universiti awam membabitkan ijazah PhD yang didakwa diterima Azizan.

Pusat Siswazah UKM ketika itu berkata, nama Azizan tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan.

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada beliau.

Bagaimanapun, laman PW Community pula mempersoalkan kebenaran itu.

"Berapa sen Metro kena bayar to publish this pathethic article? Bangunan VU pun tak ada, lagi mau auta," kata pengendali laman itu. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.