'Woi! Kau ingat kereta aku murah ke? Suka hati langgar!' - Lelaki dakwa dibuli samseng, cermin kereta dipecahkan


Apabila memandu di jalan raya, usahlah memandu mengikut emosi. Sebaliknya ikut peraturan dan segalanya akan berjalan lancar sekiranya ramai pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Baru-baru ini, seorang lelaki mendakwa telah dibuli oleh pemandu yang tidak berpuas hati dengannya hanya kerana tidak memberi laluan di sebatang jalan. Keadaan menjadi semakin buruk apabila pemandu itu mengambil keputusan untuk menggunakan kekerasan berdepan dengan pengadu. 

DIA tak puas hati nak menyelit masuk tapi tak lepas. Kemudian, mungkin menyebabkan dia brek mengejut dan anak dia (3-4 tahun terjatuh dan trigger dia untuk marah. 

Aku pada masa yang sama, nak masuk ke kanan, like always, ka arah Taman Universiti. Aku memang berada di lorong yang betul dan tak ada salah apa-apa. Hanya kerana dia nak menyelit dan tak lepas sebab ada kereta aku. 

Selepas itu, dia potong aku dan berhentikan kereta dia menyebabkan laluan aku tersekat dan tidak dapat pergi ke mana-mana sebab lampu isyarat dah warna merah. 

Dia keluar dari kereta, tunjuk penumbuk dan datang ke arah kereta terus cuba untuk membuka pintu pemandu. Tetapi berkunci (auto lock). Aku pun tak naklah keluar sebab takut. Dia menumbuk cermin pintu bertubi-tubi. Aku tahu cermin akan pecah jika tak buat apa-apa. Jadi aku dekatkan kereta aku dengan kereta dia supaya boleh tolak ke depan dan lari terus untuk menyelamatkan diri. 

Aku cecahkan bumper kereta aku dengan kereta dia. Kemudian terus tekan minyak sampai habis. Gabra beb! Masa ini di masih menumbuk cermi pintu. Akan tetapi sebab aku pakai Falken yang dah berumur lima tahun, grip agak kurang dan tidak berjaya menolak. Hanya spin di situ saja. 

Then dia guna kaki, sepakan ketika telah berjaya memecahkan cermin. Kemudian aku cuba untuk undur sebab takut dia tumbuk aku pula. Dia cepat-cepat ambil kunci kereta. 



Aku cuba capai phone untuk rakam. Tetapi dia cuba merampas juga. Aku kilas balik dan phone pun terjatuh. Jadi, tiada apa-apa rakaman yang berjaya dibuat. Aku pun terus diam dan diam sambil dia mencarut-carut di sebelah aku tanpa dia kisah aku penuh dengan kaca. 

Tiba-tiba dia kembali ke kereta dan aku pun lega. Tiba-tiba dia bawa anak dia keluar dan bawa ke arah aku sambil cakap anak dia sakit jantung dan marah kenapa tak consider yang dia nak cepat. Tetapi dia tak ada pasang pun signal kecemasan dan kalau kecemasan, mestilah tak tendang kereta aku hanya kerana tak berjaya menyelit. 

Dan aku pun, "Oh, aku pun nak cepat juga. Aku pasang signal, apa salah aku? Tu jalan susur aku." 

Dia masih marah dan macam-macam dia cakap dan akhirnya aku kata, "Dah puas hati kan? Dah pecah dah kan kereta aku? Kau nak apa lagi? Nak cakap aku salah? Haa yerlah aku salah. Nak aku minta maaf? Haa, okey, sorry ek. Dah. Dah kan? dah. Dah?? Dah ke belum? Dah kan?" 

Selepas itu dia pun kembali ke keretanya sambil cakap, "Woi! Kau ingat kereta aku murah ke? Kau ingat aku bikin murah ke? Sesuka hati langgar kereta orang. Mahal tau tak?! 

Masa ini aku tergelak sikit. Kemudian mereka masuk kereta dan akhirnya beredar. Aku pun terkaku sekejap. Alihkan cermin daripada atas tangan dan akhirnya aku menggerakkan kereta. Oh ya, dia baling kunci ke dalam kereta sebelum dia kata kereta dia mahal. Aku pun terus pergi ke Balai Polis Taman Universiti. Polis suruh balik dulu, nanti buat report. Bersihkan kaca dulu. 





Aku masih menggeletar dan dalam perjalanan balik ke rumah. Aku pergi saja ke Balai Polis Mutiara Rini pula. Buat sajalah laporan. Selesai buat laporan, polis bertugas minta aku pergi ke Balai Polis Nusa Bestari. Aku pun ambil surat laporan dan nak masuk ke kereta, nak balik mandi dulu sebelum pergi ke tempat seterusnya. 

And guess what, dia ada kat luar balai! Aku masa tu separuh ke balai, separuh ke kereta. Aku proceed saja ke kereta buat-buat tak nampak dan dia menjerit "Woi! Woi! Woi!". Dan sekali lagi dia berhentikan kereta dia di depan kereta aku, block aku sekali lagi. 

Aku tunggu dia keluar kereta dan menghampiri kereta aku. Aku undur macam normal seperti tak nampak dia dan teruskan perjalanan.

Dia kejar aku lagi! Aku dengar sayup-sayup dia woi-woi-woi aku lagi. 

"Woi berhenti! Woi! Woi! Woi!" 

Aku teruskan perjalanan seperti biasa siap guna signal tau dan mengabaikan panggilan dia dari dalam kereta. Aku cuma fikir nak balik rumah. Tetapi dia akan tahu rumah aku di mana, bahaya. Jadi aku pun terus ke Nusa Bestari. 

Tiba-tiba dia yang sedang follow ni mengubah haluannya ke arah Taman Universiti. Jadi aku pun lega. 

Masa ini dah menggeletar macam apa dah. Aku tak tahulah dia nak jumpa semula sebab nak minta maaf atau masih ada benda yang tak puas hati atau tak nak aku libatkan polis ke apa. Aku tak kisah. Aku tak nak jumpa dia lagi. Takut sangat. Ya aku penakut. Apa-apa, biar settle ikut undang-undang. 

Bini aku pun jagalah kereta sebab dalam kereta ada beg laptop dan cermin dah pecah. So kunci pun tak guna. 

Selesai di Nusa Bestari, pegawai dah ambil gambar dan kemudian aku pun terus pasang cermin photo booth di AEON Bandar Dato Onn. esok pagi pergi Klinik Kesihatan sajalah sebab dah bukan kecemasan. Minta laporan kesihatan dan harap semuanya berjalan lancar untuk pegawai itu cari siapa orangnya dan dibawa ke muka pengadilan.

Doakan yang baik-baik.




Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.