'Dia jerut leher kucing sampai mati tergantung di pagar rumah'


Viral di media sosial, seekor kucing mati dijerut di pagar rumah oleh individu yang sudah hilang akalnya. 

Dalam kejadian yang berlaku di Johor Jaya itu, Eryn Yusoff Nory mendakwa kucing itu diperlakukan sedemikian hanya kerana haiwan itu mengganggu burung peliharaan jirannya. 

"Kesian, kesian sebab ada manusia yang tak ada hati perut macam jiran aku ini. Aku tak faham apa salah si bulus ini sampai diperlakukan macam ni sekali. 

"Kalau dia kacau burung-burung kau dalam sangkar pun, cukuplah sekadar kau halau saja. Ini tidak, tergamak kau jerut leher dia, lepas itu kau gantung tali itu sampai si bulus comel ini mati dalam keadaan berdiri macam ni. Sampai hati kau kan? 


"Aku tak nak doakan kau mati kena jerut juga, tak baik. Paling-paling tak pun, nanti pagi kau nak pergi kerja, Allah balas apa yang kau buat pada kucing ini. Amin. 

"Buat si bulus, esok pagi (hari ini) aku semadikan kau ye. Tengah-tengah pagi ini, kalau aku mencangkul, kang macam seram pula," katanya. 


Tidak diketahui sama ada Eryn akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Orang ramai yang ternampak atau mengetahui kes-kes penderaan haiwan di kawasan masing-masing adalah dinasihatkan untuk melaporkan kejadian itu kepada talian yang tertera pada gambar di bawah bagi agar tindakan awal dapat diambil bagi menyelamatkan haiwan yang teraniaya itu.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.