'Hanya 1 kedai mamak punyai sijil halal di Negeri Sembilan' - JHEAINS


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Zaidi Ramli mengesahkan, hanya satu daripada 150 kedai mamak yanng beroperasi di negeri ini mempunyai sijil halal, lapor Sinar Harian.

Walaupun begitu, pihak JHEAINS tidak menghalang sekiranya ada pelanggan yang mahu menikmati makanan di restoran terbabit. 

"Hanya ada satu sahaja yang ada sijil halal Malaysia dan ada sebuah lagi sedang dalam proses permohonan. 

"Pemilikan sijil halal ini penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan yang penting mengikut syarak.

"Saya tidak kata yang tiada sijil halal itu menggunakan barang-barang haram, tetapi dari segi penyediaan makanan, kualiti kebersihan premis serta bahan apa yang mereka gunakan dalam masakan, kita tidak tahu kerana mereka ini tidak diaudit berbanding yang ada sijil halal mereka ini sentiasa dipantau dan diaudit penggunaan bahan-bahan masakan termasuk kebersihan premis," katanya. 

Justeru, beliau menyarankan semua pengusaha restoran makanan termasuk restoran Melayu mendapatkan sijil halal bagi mengelakkan keraguan pengunjung. 

"Walaupun restoran Melayu ini tidak memiliki sijil halal, tetapi kita sudah tahu bahawa mereka ini pasti orang Islam dan penyediaan makanan juga InsyaAllah berlandaskan syarak. 

"Tetapi untuk menguatkan lagi kualiti jaminan penyediaan makanan dan kebersihan makanan, kita harap semua restoran makanan buat permohonan sijil halal," katanya. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.