'Semakin melampau bani produk sampah, krim steroid dijualnya & claim boleh rawat jerawat' - Dr Rusyainie


Apabila terlalu obses dengan kecantikan, pelbagai cara dilakukan oleh sesetengah individu untuk tampil cantik dan menarik. Lantas jalan pintas yang dipilih tanpa merujuk kepada yang lebih pakar. Melihat kepada situasi ini, para peniaga mula mengambil kesempatan melariskan produk mereka tanpa memikirkan kesan yang bakal ditanggung oleh pengguna.

Apa yang lebih mengejutkan, ada segelintir peniaga yang menjual krim sapuan yang hanya boleh dipreskripsi oleh doktor dan pegawai farmasi. Krim yang dijual dengan harga RM11.90 satu set itu dikatakan mampu untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Dr Rusyainie Ramli melalui statusnya di Facebook, menyelar golongan peniaga-peniaga yang menjual krim tersebut.

MAKIN melampau la bani produk sampah. Krim yang hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor dan pegawai farmasi pun mereka jual melalui Facebook. Ini dah melanggar akta racun!

Doktor macam saya pun tak pernah bagi konsultasi dalam Facebook. Dia terlebih pandai sampai merawat pesakit tanpa tengok pun. Krim ini ada kandungan steroid yang tinggi dan juga antibiotik untuk merawat jangkitan bakteria.

Krim yang ada steroid dan antibiotik tak boleh digunakan ikut suka. Mesti dapat nasihat dan pemantauan dari doktor.

Untuk pengetahuan semua ya, jerawat dan jeragat kita tak rawat dengan steroid. Krim steroid itu gunanya untuk merawat keradangan kulit akibat alahan seperti ekzema dan dermatitis. Krim steroid juga kita gunakan untuk penyakit kulit auto immune macam vitiligo, alopecia areata atau linchen planus. Krim steroid ada banyak dos dan bukan semua sama. Sebab itu kena jumpa doktor!

Yang lagi dua bekas itu saya tak tahu apa krimnya. Tak ada nama. Ubat tak berlabel dengan jelas, tolong jangan ambil. Dahlah yang menjualnya tak ada kelulusan dalam perubatan. Dah macam jual kacang putih tepi jalan.

Rupa-rupanya berlambak bani produk sampah jual krim ini di Facebook, Instagram malah Shopee! Berleluasa! Kalau tengok Facebook dia penuh dengan produk sampah. Ada hati nak sekolahkan doktor. Memang bani produk sampah ini jenis tak tengok cermin ya.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.