Adik Hafiiyzhar perlukan RM20,000 untuk pembedahan jantung berlubang


"Mohon jasa baik hampa semua doakan sepupu kami, Hafiiyzhar Nurmuhammad bin Hafiz cepat sembuh dari jantung berlubang dan injap pernafasan tidak stabil," demikian kata Syazana Fatihah. 

Status yang dimuat naik di Facebooknya tengah hari tadi merayu orang ramai yang prihatin tampil membantu Hafiiyzhar yang berusia empat bulan dari segi wang tunai bagi membiayai kos perubatan dan pembedahan. 

"Tak dapat tolong dengan duit, tolong doakan pun dah cukup. Saya tahu Hafiiyzhar kuat kan sayang," tulisnya. 

Difahamkan, Hafiiyzhar yang merupakan anak kembar, berada di NICU Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan sejak dia dilahirkan. 

Ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa, manakala bapanya pula bekerja sebagai pemandu di SMS Tun Syed Shahabudin Bukit Mertajam dan mereka tinggal di Permatang Kuang, Kepala Batas.

Bagi yang mahukan maklumat lanjut sebelum menghulurkan sebarang bantuan bolehlah menghubungi bapanya, Hafiz Bin Hashim di talian 019-5959516

Kepada yang sudi menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke nombor akaun berikut:
  • NOMBOR AKAUN CIMB: 07180002666522
  • NOMBOR AKAUN MAYBANK: 107143212724
  • NOMBOR AKAUN BSN: 0710341000090793
Sebelum membuat transaksi, sila pastikan nama pemegang nombor akaun-akaun bank tersebut adalah di bawah nama Hafiz Bin Hashim.





Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.