Lelaki seludup 250kg daun ketum maut dalam kemalangan


Sebuah kereta Perodua Myvi yang membawa muatan daun ketum terbabit dalam kemalangan selepas terbabas dan melanggar sebuah kedai buah di Kampung Gemang, Jeli, pagi tadi lapor Harian Metro

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.45 pagi itu, pemandu Myvi berusia 23 tahun berasal dari Pasir Mas, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala penumpang depan berusia 35 tahun, cedera dan dikejarkan ke Hospital Jeli. 

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin berkata, pemeriksaan pada Myvi berkenaan menemui 250 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM6,000. 

Difahamkan sebelum kejadian itu, anggota polis yang sedang membuat rondaan terserempak dengan Myvi terbabit dalam keadaan mencurigakan di Kampung Salor.

Menyedari kehadiran polis, suspek terus memecut laju menghala ke Tanah Merah. Polis mengejar suspek sejauh 20 kilometer dan sebaik tiba di lokasi kejadian, Myvi itu hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar kedai buah di bahagian kiri jalan. 




Polis percaya suspek menggunakan jalan tikus bagi mengelakkan sekatan jalan raya di Batu Melintang selepas mengambil daun ketum di negeri di utara tanah air. 

Suspek dipercayai menjadi orang upahan mengambil bekalan daun ketum untuk dibawam asuk ke negeri ini dengan menggunakan kereta sewa. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.