'Tembak monyet kerana suka-suka' - Suspek
Remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan selepas video yang menunjukkan tindakannya menembak monyet viral di media sosial.
Dalam keterangannya ketika disoal siasat polis, suspek mengaku melakukan perbuatan itu hanya suka-suka sahaja.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di anatara jam 10 hingga 11 pagi pada 18 Mei lalu di Lambor Kiri, Bota.
Selepas menembak monyet itu, suspek membuang bangkai haiwan itu ke dalam sungai di Bota.
Dalam serbuan jam 9.20 malam Rabu, polis turut menahan bapa suspek berusia 54 tahun, pemilik senjata api tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana menggunakan senjata api di tempat yang tidak dibenarkan dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN:
- (Video) 'Kalau kau tak cakap 'Baby sayang', aku tembak kau' - Monyet mati ditembak lelaki durjana
- Tembak monyet kerana tak sebut 'Baby Sayang', polis tengah siasat, NGO tawar ganjaran RM2,000 untuk dedah identiti lelaki terbabit
- 'Saya cam suara & muka pelaku, monyet itu bos dia punya' - Sumber
- Lelaki tembak monyet kerana tak sebut 'Baby Sayang' akhirnya ditahan polis
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment