Lelaki didenda RM913 kerana lastik 2 gelang getah ke atas jalan awam
Seorang lelaki didenda S$300 (RM913) kerana melastik dua gelang getah ke atas jalan awam di Singapura, lapor Channel News Asia.
Perkara itu disahkan oleh Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) semalam susulan viral surat denda yang dikeluarkan NEA ke atas individu terbabit viral di media sosial minggu lalu.
Menurut wakil NEA, insiden itu berlaku pada Khamis lalu dan lelaki itu telah didenda kerana membuang sampah merata-rata.
Sebelum itu, lelaki terbabit dilihat sedang berjalan ke kenderaannya sambil melastik gelang getah itu satu persatu ke udara yang kemudian jatuh ke atas jalan awam.
Dalam satu kes lain yang berlaku pada 16 Mei lalu, dua lelaki didenda $300 setiap seorang kerana meninggalkan tin minuman mereka di atas sebuah kotak di luar sebuah stesen MRT.
NEA menegaskan, orang awam perlu menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan alam sekitar. Rakyat Singapura perlu patuh kepada peraturan itu jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.
Sumber: Astro Awani
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment