Bapa cabul anak ketika isteri jemur kain di luar rumah, kemudian rogol dalam semak


Seorang remaja berusia 17 tahun dicabul dan dirogol oleh bapa angkatnya berusia 65 tahun itu pada awal pagi Jumaat lalu di rumah ketika ibu angkatnya menjemur kain di luar. 

Tidak setakat itu, dalam perjalanan menuju ke sekolah, suspek merogol mangsa di dalam semak. 

Difahamkan, mangsa diperlakukan seperti itu sejak kecil lagi dan kemuncaknya apabila lelaki itu mula mencabul mangsa sejak dua tahun lalu. 

Suspek turut mengugut akan menampar mangsa jika memaklumkan perbuatan terkutuknya itu kepada orang lain, selain memberi bayangan yang dia akan melakukan hubungan seks dengan mangsa di dalam hutan berhampiran rumah mereka bagi menakutkan mangsa. 

Menurut mangsa, dia pernah memaklumkan kepada ibu angkatnya itu tetapi tidak diendahkan. Mangsa yang ketakutan bertindak enggan hadir (ponteng) ke sekolah kerana bimbang dirogol oleh lelaki itu. 

Namun tindakannya itu pula menyebabkan dia dipanggil oleh guru sekolahnya pada Selasa lalu sebelum dia membongkarkan perbuatan terkutuk suspek. 

Mangsa memberitahu gurunya, dia selalu menjadi mangsa cabul lelaki itu ketika pergi dan pulang dari sekolah. Malah, lelaki itu sanggup menggunakan jalan yang jauh dan membawanya ke tempat sunyi untuk melampiaskan nafsunya itu. 

Selepas mengetahui perkara sebenar, guru berkenaan terus membuat laporan polis dan bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di kediamannya di Kampung Temenggong, semalam. 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pihaknya berjaya mendapatkan pengakuan suspek berhubung perbuatan jijiknya itu. 

Siasatan mendapati, mangsa tinggal bersama pasangan itu dan menjadi anak angkat mereka sejak dari usia bayi kerana mereka tidak mempunyai anak. 

"Ibu kandung mangsa, iaitu kakak kepada ibu angkatnya telah menyerahkan anak itu untuk dipelihara mereka," katanya. 

Suspek direman selama enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan. 

Sumber: Astro Awani


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.