'Hormat karya seni orang lain, jangan berlagak diva & kekwat sangat' - Penaja dekorasi MeleTop tegur Neelofa
Penaja dekorasi program MeleTop (Astro) hari ini meluahkan rasa kesal dan terkilannya dengan tindakan hos program tersebut, Neelofa, yang didakwa berlagak diva dan tidak menghormati karya seni mereka.
Menurut pemilik dan founder Glowing Party House, Masviona Muhammad berkata, tindakan Neelofa itu telah mengguris perasaan mereka kerana perkara itu berlaku di depan mata mereka.
PESANAN MESRA BUAT ARTIS KEBANGGAAN MALAYSIA, NEELOFA
- Be profesional
- Hormati Karya Seni orang lain (anda juga anak seni kan?)
- Jangan berlagak diva dan kekwat sangat sebab dunia ini ibarat roda, hidup tak sentiasa di atas
Di dinihari pagi yang hening ini, saya selaku pemilik dan founder kepada Glowing Party House iaitu sebuah syarikat chain supply party shop dan balloon supplier ini terasa amatlah berkecil hati dengan artis kebanggaan majority rakyat Malaysia.
Kali ini betul-betul sangat sedih dan berkecil hati dengan bad attitude dan perangai berlagak divanya seorang artis yang dikatakan sudah international level ini.
6 TAHUN BERKERJASAMA TAK PERNAH TIMBUL MASALAH SEHINGGALAH KE HARI INI...
Glowing Party House adalah syarikat yang telah dilantik untuk menaja dekorasi belon bersempena dengan sambutan 1 Million Subscribers YouTube MeleTop.
Sepanjang 6-5 tahun yang lepas, kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan program MeleTop ini dan sepanjang tempoh tersebut tidak pernah timbul sebarang masalah pun.
Namun tidak pada kali ini dan perkara ini telah menyebabkan kami selaku penaja sangat-sangat berasal kesal dan tidak berpuas hati dengan host rancangan tersebut iaitu, Neelofa.
Neelofa pada malam itu, sikapnya tidak mencerminkan beliau selayaknya menyandang tittle artis bertaraf antarabangsa. Ini kerana Neelofa seolah-olah berlagak diva dan tidak menghormati kami sebagai pihak penaja apabila beliau tanpa segan silu terus bertanya sejurus selepas beliau memasuki studio pada kira-kiar jam 6.40 petang, sama ada dekorasi belon ini hanya pada segmen pertama sahaja ataupun sehingga ke akhir rancangan tersebut.
Apabila manager menjawab sehingga ke akhir program, beliau terus meminta supaya dekorasi belon tersebut hanya dibuat pada satu segmen awal sahaja ataupun arrangement tersebut perlu diubah dan dialihkan ketepi semuanya kerana beliau tidak mahu dekorasi belon tersebut berada di bahagian belakangnya ataupun tiada langsung di dalam rancangan tersebut.
DEKORASI MENJADI SEMAKIN KUCAR KACIR DISEBABKANNYA
This is bad attitude and no manners at all pada kami kerana sedangkan pada masa tersebut beliau tahu yang kami masih berada di sana kerana dalam proses akhir setup dan masih ada sesi mengemas.
Tidakkah beliau sedar yang perkara tersebut akan mengguris perasaan kami selaku penaja? Ekoran daripada permintaan Neelofa itu, krew produksi meminta kami untuk mengubah setup tersebut, lalu kami terpaksa menukar dan membuat arrangements yang baru dengan membawa tulisan 1 MIL itu ke bahagian tengah-tengah stage.
Tidak cukup dengan itu, sikap tidak profesional, tidak menghormati dan tidak menghargai karya seni orang lain, Neelofa semakin jelas apabila di tengah-tengah segmen yang berlangsung secara live, beliau masih boleh menolak-nolak dan mengalih-alih arrangements yang telah dilakukan oleh Master Balloon Artis kami dengan lagak kurang senangnya dia dengan keadaan itu.
Tidak cukup dengan melakukan perbuatan itu sendiri, Neelofa turut meminta bantuan dari krew produksi lain untuk mengalihkan belon-belon itu dan beliau masih gigih mencampakkan belon-belon yang berdekatan dengannya sesuka hati.
Keadaan ini tambah menampakkan lagi yang dekorasi tersebut menjadi semakin kucar kacir dan memburukkan keadaan.
Apa yang membuatkan kami kesal adalah, Neelofa tahu yang pihak kAmi berada di hadapan beliau, namun beliau tetap berbuat demikian. Apa motif beliau?
TAK HORMAT KARYA SENI, PERASAAN KAMI BAGAIKAN DIHIRIS-HIRIS
Tidakkah Neelofa sedar dekorasi belon itu juga satu karya seni yang perlu dihargai dan tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu oleh beliau dengan sewenang-wenangnya diibaratkan arrangements yang telah dibuat itu tidak bermakna baginya yang juga bergelar sebagai anak seni? Layakkah beliau untuk digelar anak seni dan turut berada dalam industri seni ini?
Tahukah beliau yang Master Balloon Artis kami adalah certified balloon artis yang telah mengorbankan keringat, masa dan wang ringgit hanya semata-mata untuk mendalami ilmu seni ini sehingga keluar negara seperti Singapura, Australia, malahan Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Apa yang penting kami ingin tekankan di sini adalah, team kami membuat semua ini kerana passion kami dalam seni dekorasi belon ini dan perasaan kami bagaikan dihiris-hiris apabila dilakukan sedemikian rupa oleh Neelofa.
NABIL LEBIH PROFESIONAL BERBANDING NEELOFA
Sikap Neelofa bertentangan sekali dengan sikap yang ditonjolkan oleh Nabil yang juga merupakan host rancangan tersebut. Nabil sangat profesional walaupun beliau lebih dikenali sebagai pelawak, sangat supportive dengan penaja malahan dengan sesiapa saja, humble dan sangat berdedikasi.
Ini dapat dilihat bila ada waktu senggang, Nabil dengan bersungguh-sungguhnya akan menghafal nama-nama sponsor dan sebagainya.
Usaha ini walaupun sangat kecil namun sangat menggembirakan kami selaku penaja. Tetapi sikap ini tidak ditunjukkan langsung oleh Neelofa. Seingat kami sepanjang tempoh kami berkerjasama ini (enam tahun) hanya Nabil saja yang beria-ria memberikan live mention pada penaja dan Neelofa tidak melakukan perkara yang sama. Pernah sekali sepanjang pengamatan kami, tapi itupun tersilap sebut pula.
Glowing Party House menjadi Glowing House Party. Kesalahan ini tidak sepatutnya beliau lakukan kerana mengingati dan menyebut nama penaja dengan terang dan jelas adalah tugas yang tak sepatutnya digagalkan oleh host sesebuah rancangan. Apatah lagi host hebat seperti Neelofa.
Apakah beliau risau dekorasi belon itu akan mengurangkan 'aura' serta keanggunan serta kewujudan beliau di sana sehingga beliau bersikap kurang ajar dan tidak menghormati karya seni orang lain yang telah memerah idea menghasilkan dekorasi tersebut? Dengan belon pun nak tergugat ke?
Kami faham yang kejadian ini bukan disebabkan oleh kesalahan pihak produksi secara langsung dan hanya kepada sikap tidak profesional oleh host rancangan. Namun kami rasa ini adalah saluran terbaik untuk kami menzahirkan rasa kurang senang ini supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi kerana kami sebagai penaja juga mempunyai hak-hak kami yang perlu diperjuangkan kerana kami bukanlah golongan yang meminta-minta untuk memberikan sumbangan.
Bukan sengaja nak terasa hati tetapi hati terlalu pedih dengan semua yang berlaku di depan mata.
Bagaimanapun, netizen tidak menolak kemungkinan Neelofa fobia dengan belon atau lebih dikenali 'Globophobia' di mana individu yang mengalaminya tidak mahu menyentuh, merasa atau berada dekat dengan belon kerana bimbang ia akan meletup.
Sumber: Masviona Muhammad
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment