'Bengkel terpaksa ditutup kerana sikap bangsa Melayu asyik nak murah...'


Terasa sedih dan sebak apabila membaca perkongsian si adik mengenai abangnya yang ditindas bangsa sendiri sehingga perniagaan yang diusahakan terpaksa ditutup. 

KISAH bangsa yang membunuh bangsa dia sendiri.

Dah lama akak simpan cerita ini. Kisah pengajaran tentang sikap orang Melayu yang suka nak murah sahaja. Ini kisah tentang abang kepada akak. Tetapi sekarang dia sudah tiada. Kisah yang terkandung banyak pengajaran untuk kita sebagai bangsa Melayu. 

Abang seorang bekas tentera. 20 tahun berkhidmat dengan tentera dalam bidang jentera berat. Tugasnya setiap hari membaiki kenderaan tentera. 

Satu hari dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Abang nak berniaga, buka bengkel sendiri di kampung akak sebab di kampung belum ada bengkel orang Melayu. 

Berbekalkan pengalaman 20 tahun dan sedikit duit yang diperolehi selepas berhenti berkhidmat dengan tentera, dia membuka bengkelnya. 

Maka bermulalah siri demi siri kisah usahawan Melayu yang diboikot oleh bangsa sendiri dengan alasan mahal tanpa usul periksa.

KISAH PERTAMA

"Mahallah Malik, kedai Ah Chong lagi murah". 

KISAH KEDUA 

"Apalah Malik, kau repair, rosak balik

Padahal dah cakap rosak ni, pakcik kena tukar. Tetapi dia suruh repair dulu sebab tak ada duit nak tukar. Jadi abang pun repairlah asal boleh digunakan sementara. Apabila rosak semula, dia pula komplen cakap tak pandai repair. 

Dia pergi kedai Ah Chong, Ah Chong terus tukar dan dia kata Ah Chong pandai repair. 

KISAH KETIGA

"Malik, pakcik hutang dulu ya. Tak cukup duit ni. Nanti bulan depan pakcik bayar," 

Sampai abang dah meninggal dunia pun orang itu tak bayar hutang itu. 

KISAH KEEMPAT

Tauke: "Ini spare part RM80.00"

Abang: "Tak boleh kurang sikit ke boss?"

Tauke: "Ni sudah murah, sekarang barang manyak mahal"

Apabila bangsa dia datang, minta barang yang sama. Bincang punya bincang, RM60.00 saja. 

KISAH KELIMA

Bangsa Melayu lepak kedai kopi membawang pasal isu peniaga di sekitar kampung. Habis dibuka, difitnah anak bangsa. Niaga mahal, niaga tak betul, niaga main tipu. Tetapi adakah dia menyiasat bahawa perkara itu betul-betul? Memburuk-burukkan bangsa sendiri tak reti berniaga dan dibanggakan pula bangsa lain. 

Bertahun-tahun abang berniaga ibarat kais pagi makan pagi. Bengkel bangsa lain bertambah maju disebabkan sifat bangsa kita yang nak murah itu. 

Akhirnya bengkel abang terpaksa ditutup kerana tidak lagi mampu membayar sewa. Dia buat online workshop service. Orang panggil di mana kereta rosak, dia pergi repair. 

Selepas enam bulan kemudian, abang jatuh sakit, mungkin disebabkan stress dengan apa yang berlaku. Dan sekarang abang sudah kembali kepada Pencipta. 

Sekarang ini,
  • Tak ada dah Malik yang nak datang repair kereta pakcik-pakcik di kampung.
  • Tak ada dah Malik yang korang boleh telefon tengah malam datang selamatkan korang di tepi jalan.
  • Tak ada dah Malik yang korang boleh hutang sampai dia sendiri tak ada duit nak beli susu pampers anak. 

Malik dah pergi jauh, meninggalkan isteri dan empat orang anaknya yang masih kecil. 

Inilah kisah bangsa yang membunuh jiwa dan raga orang Melayu kita sendiri. Kerana sifat dan sikap asyik nak murah, asyik mencari kesalahan bangsa sendiri, asyik memandang hebat bangsa lain. 

Bangsa Melayu yang menjadi korban kerana sifat kedekut dan berkira-kira. 

Al-Fatihah untuk Yan



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.