Pemilik rumah tembak mati 2 remaja kerana ceroboh garajnya pada waktu malam
Pemilik rumah di Ohio menembak mati dua remaja lelaki yang didakwa menceroboh kawasan rumahnya pada malam Rabu lalu.
Pemilik rumah itu tidak didedahkan identitinya tetapi kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 malam Rabu, dia menembak dua remaja terbabit di dalam garajnya sebelum menghubungi talian 911.
Kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dikenali sebagai Devon Henderson dan Javier Harrison, tidak diketahui motif mereka menceroboh kediaman pengadu.
"Saya tembak dua lelaki yang cuba merompak... melakukan sesuatu dalam rumah saya. Mereka ada bersama dengan saya di sini." kata pengadu ketika menghubungi operator talian 911.
Apabila operator bertanya apakah dua remaja itu sudah mati? Dia berkata, "Saya tidak dapat lihat sebab keadaan di sini gelap. Mereka di lantai garaj."
Dayton Daily News melaporkan, bapa kepada salah seorang remaja itu dipercayai mengenali pengadu dan pernah berada di garaj kediaman itu sebelum ini.
Bapa kepada Javier, Jimmy berkata, dia tidak akan melepaskan tembakan kerana remaja itu berada di garaj, bukannya di dalam rumah.
"Jarak garaj dari rumah dia 10 kaki. Kalau saya nampak ada kehadiran orang yang tidak dikenali di garaj, saya akan hubungi polis," katanya.
Sumber: Daily Mail
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment