Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika guna handphone yang sedang dicas


Seorang pelajar lelaki maut selepas menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicas di sebuah restoran makanan segera. 

Menurut kakak mangsa, remaja berusia 13 tahun itu mengecas telefon bimbit Huaweinya menggunakan kabel 'third party'. 

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital selepas doktor cuba merevivenya selama dua jam. 

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu di Nanchang, Jiangxi dan mangsa dikenali sebagai Liu, berada di restoran itu bersama dengan rakan sekelasnya untuk makan ayam. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Liu duduk bersama rakannya di meja tersebut. Ketika itu, Liu sedang memegang telefon bimbitnya yang dicas pada soket berdekatan. 



Beberapa saat kemudian badan Liu menjadi kejang dan dipercayai terkena renjatan elektrik dari telefon bimbitnya. Mangsa dihantar di hospital oleh rakan dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu. 

Pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat renjatan elektrik dan terdapat kesan terbakar ditemui pada badan dan muka mangsa. 

Kakak mangsa menyalahkan soket elektrik di restoran itu yang menyebabkan adiknya terkena renjatan dan meminta pihak berkuasa menyiasat kejadian itu.

Menurut kakak mangsa, kabel itu dibeli dari sebuah kedai berhampiran rumah mereka dan kabel pengecas yang bukan tulen itu disertakan dengan telefon bimbit . 

Namun telefon dan kabel pengecas itu masih berfungsi dengan baik selepas kejadian yang menimpa mangsa.



Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan premis itu ditutup selama dua hari untuk siasatan.

Sumber: Daily Mail


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.