Isteri tak mandi 3 hari sebab suami malas nak tolong jaga anak


Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya di media sosial mengenai suaminya yang malas membantunya menjaga anak-anak sehingga dia tiada masa untuk membersihkan dirinya selama tiga hari. 

Luahan yang dikongsikan di laman Reddit, wanita itu menjelaskan suaminya langsung tidak mahu membantunya walaupun hanya untuk beberapa minit. 

Difahamkan, pasangan itu baru berpindah ke rumah keluarganya sementara mereka dalam usaha mencari kediaman sendiri. 

"Kebiasaannya saya akan letak anak lelaki saya di luar bilik air dengan pintu terbuka agar saya dapat memerhatikannya sambil mandi. 

"Tetapi di sini saya tidak dapat melakukannya kerana ahli keluarga yang ramai dan ia tidak sopan untuk berbuat demikian," katanya. 

Menurut wanita berkenaan, dia selalu meminta tolong ahli keluarganya untuk membantu menjaga anaknya seketika. Tetapi apabila terlalu kerap, dia enggan selalu menyusahkan mereka. 

"Saya bertanya kepada suami, boleh ke saya mandi dulu tetapi dia tak bagi dan menyuruh saya menunggu," katanya. 

Ramai pengguna Reddit terkejut dengan sikap pentingkan diri si suami sehingga membuatkan isterinya tiada masa untuk mandi. 

"Tak adil suami awak berkelakuan seperti ini. Nampak macam semua benda/perkara awak lakukan sendiri selama ini. Teruknya," kata netizen.

Sumber: Daily Star


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.