'Jangan berbual lama sangat, cakap je I'm sorry & terus blah' - Elak jadi mangsa scam di R&R
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pelbagai kes jenayah dan juga penyamaran yang dilakukan oleh individu tertentu atau berkumpulan terutama sekali ketika berhenti di mana-mana perhentian seperti stesen minyak atau perhentian Rawat dan Rehat (R&R).
Satu perkongsian oleh pemuda ini, pasangan yang dipercayai berketurunan Arab dikatakan sering meminta bantuan duit dari orang ramai kerana kononnya bank telah menyekat duit mereka.
Ada mengatakan pasangan ini yang menaiki kenderaan jenis Nissan Almera melakukan modus operandi yang sama di setiap lokasi yang berbeza.
"Hati-hati ya semua sahabat-sahabat yang rajin naik highway Melaka ke Kuala Lumpur. Di perhentian ke, Petronas highway ke apa. Dia ni orang Arab. Tengah viral. Saya sendiri pernah berdepan dengan dia. Dia nak minta bantuan duit. Kononnya, bank sekat duit dia.
"Dia perlukan duit dan pertolongan kita. Jadi jangan berbual lama-lama sangat. Cakap je I'm sorry dan terus blah. Banyak kes orang Arab ni juga. orang yang sama. Bukan sekali dua. Tolong ambik perhatian. Bukan untuk saya tetapi untuk anda dari tertipu.
"(Gambar edit tutup mulut, jaga aib dia). Tapi yang penting berhati-hati dengan orang yang berbangsa arab ni. Lokasi selalu berada dari highway Johor Bharu ke Kuala Lumpur." katanya.
Sumber: Akhbar Naser
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment