(Video) 2 pejalan kaki dirempuh Viva
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.16 petang Sabtu lalu di kawasan parkir TF Behrang 2020, Tanjung Malim, Perak, dua mangsa terbabit terdahulu melintas jalan.
Namun, kereta Perodua Viva berwarna putih itu tiba-tiba datang dari arah kanan dan terus merempuh kedua-dua mangsa.
Salah seorang mangsa mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi diseret sejauh 50 kaki sehingga patah paha kiri dan pinggul.
Pelbagai andaian yang dibuat oleh netizen antaranya mendakwa pemandu Viva sengaja melanggar mangsa. Tetapi andaian itu disangkal oleh satu sumber yang menegaskan kemalangan itu tidak disengajakan.
"Ada terbaca kat Facebook mangsa yang kena langgar itu. Katanya pemandu Viva itu budak poli, perempuan Melayu, lesen P.
"Tengok semula video itu, kereta ada berhenti sekejap sebelum meluru laju. Mungkin kawan-kawan dia menjerit, itu yang menyebabkan dia tertekan pedal minyak kereta," kata sumber berkenaan.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment