Suami isteri datang tuntut bayaran sewa rumah, dibunuh 2 penyewa warga asing


Susulan penemuan mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian, polis telah menahan dua suspek lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu. 

Mayat mangsa, Tan Siew Mee, 52, ditemui disumbat dalam beg pakaian yang dicampak ke dalam longkang. Bedah siasat mendapati terdapat 13 kesan tikaman di dada mayat. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan dua suspek itu membawa kepada penemuan mayat suami Tan, iaitu Lim Ah Kee, 79, yang dicampak di lokasi berasingan.

Suspek juga membuang senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan itu di lokasi lain. 

Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Difahamkan, kedua-dua suspek adalah penyewa rumah pasangan berkenaan yang sebelum itu sudah berulang kali menuntut bayaran sewa bulanan dari suspek tetapi mereka enggan membayarnya. 

Tan dan Lim tinggal bersama di kondominium di Subang Jaya. Tetapi mereka hidup dalam keadaan susah dan terpaksa menyewakan rumah itu kepada warga asing. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.