'Tiba-tiba datang motor terus tarik beg' - Diragut depan rumah


Tidak kiralah anda berada di mana, sentiasa peka dan berhati-hati. Elakkan memakai barang kemas yang menonjol, bermain telefon bimbit, berjalan di jalan sunyi seorang diri kerana ada penjenayah yang mungkin sedang memerhati dan menunggu peluang untuk meragut anda. 

Jumaat lalu, seorang wanita diragut ketika berjalan seorang diri dan mangsa baru sahaja keluar dari rumahnya dalam kejadian yang berlaku di Wangsa Maju.

PLEASE alert girl, especially area Wangsa Maju. Sila berhati-hati ketika jalan berseorangan lebih-lebih yang bawa handbag, tengok kiri kanan, jangan main phone. Please aware this. 

Biasa dengar social media update area Wangsa Maju banyak kes ragut but its really happen to me kena ragut even depan rumah. 

Kejadian berlaku pada jam 12 tengah hari tadi (23 Ogos). Masa tu nak keluar jalan kaki seorang diri (independent sangat) bawa handbag sling beg letak di depan. 

Tiba-tiba datang motosikal dari arah belakang, terus tarik beg. Then aku tarik balik tetapi si peragut ini terus tolak aku sampai terjatuh. Aku jerit kuat-kuat, "Peragut! Peragut! Peragut!" 

A few orang yang dengar cuba kejar tetapi tak dapat. Ciri-ciri peragut itu naik motosikal Yamaha LC 135 blue black, pakai baju hitam lengan panjang, seluar jean warna biru. So sesiapa yang dapat jumpa kasi Pecah itu kapala ya!

Tak lama kemudian, ada seorang hamba Allah WhatsApp, dia terjumpa barang aku di tepi jalan, kad bank, IC, lesen, name card. Then dia pulangkan barang-barang penting itu. Nasib baik. 

Alhamdulillah aku selamat, cedera ringan sahaja. Tak apalah, asal dapat barang-barang penting pun dah cukup bersyukur. Thank you so much abang Grab Food sebab tolong pulangkan barang-barang penting. Semoga dimurahkan rezeki. 

Ada kawan pun kena ragut juga pada hari yang sama. Masa buat laporan di balai pun ada kes sama, baru lepas kena ragut. Seram. 

Sumber: Diana Daniel


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.