Mayat bayi masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah


Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam tong sampah di sebuah pangsapuri di Bukit Serdang, Seri Kembangan, Serdang, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 4.30 pagi tadi. 

Siasatan mendapati, mangsa dipercayai baru dilahirkan kerana mempunyai tali pusat dan uri tetapi disahkan sudah meninggal dunia ketika ditemui. 

Selain itu, polis turut menemui kain berwarna hitam dan pakaian dalam wanita berhampiran mayat mangsa. 

Ketika ditemui, mayat itu dibalut dengan kain hitam dan ditinggalkan dalam tong sampah di tingkat bawah pangsapuri berkenaan. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.