Lelaki gosok kemaluan dan sembur 'cecair' di belakang baju mangsa di kedai buku


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 40 tahun terkejut apabila mendapati bahagian belakang bajunya basah selepas 'disembur' dengan air mani lelaki, lapor Sin Chew.

Dalam kejadian jam 2.45 petang di sebuah kedai buku di Solaris Dutamas pada 16 Julai, mangsa sedang duduk di sudut bacaan kanak-kanak sementara menunggu suaminya yang mempunyai urusan penting di pusat beli belah itu. 

Pada ketika kejadian itu berlaku, kedai buku berkenaan tidak mempunyai ramai pelanggan. Dalam kesempatan itu, seorang lelaki berbaju hitam ternampak mangsa dan mengambil keputusan untuk mendekati mangsa sambil melakukan perbuatan kejinya itu. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki terbabit mengambil sebuah buku yang digunakan untuk melindungi perbuatannya sebelum perlahan-lahan menghampiri belakang mangsa. 

Mangsa yang tidak menyedari keadaan di sekelilingnya, memberi peluang untuk lelaki itu menggosok kemaluannya dengan lebih pantas dan akhirnya menyembur air maninya di belakang baju mangsa dan terus beredar dari tempat kejadian. 

Suspek hanya mengambil masa selama 15 saat sahaja untuk melakukannya. 

Video: Pocketimes.my

Tidak berapa lama kemudian, mangsa terasa belakang bajunya basah dan apabila diperiksa, alangkah terkejutnya bila dia mendapati bajunya telah disembur dengan air mani. Mangsa terus menghubungi suaminya dan memaklumkan kejadian itu. 

Selepas menonton semula rakaman CCTV di kedai buku tersebut, suami mangsa segera mendapatkan pihak pengawal keselamatan untuk menjejak lelaki terbabit. Namun, mereka gagal menjejak lelaki itu yang dipercayai sudah tidak berada di kawasan Solaris Dutamas. 

Suaminya, yang merupakan peguam berpangkat Dato' berusia 38 tahun itu kemudian mengambil keputusan untuk mendedahkan insiden itu sebagai amaran kepada orang awam untuk berjaga-jaga. 

"Isteri saya ketakutan dan menangis, dia tidak menyangka ada individu seperti itu yang sanggup melakukan perbuatan keji itu di sudut bacaan kanak-kanak di dalam kedai buku. 

"Saya ada anak perempuan dan saya tidak mahu insiden seperti ini berlaku kepada isteri saya dan orang lain," katanya. 

Suami mangsa tidak menolak kemungkinan bahawa suspek akan mengulangi perbuatannya lagi dan meminta orang ramai berhati-hati. Dia juga berharap dengan kuasa viral media sosial, suspek dapat dikenalpasti dan dibawa ke muka pengadilan. 

Meskipun mangsa kini telah pulih dari trauma, kejadian itu bagaikan mimpi ngeri bagi keluarga mereka yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.