Lelaki Ini Habiskan Masa Selama 27 Tahun Untuk Mengukir Sebuah Gua. Hasilnya Buat Ramai Kata WOW !!!

Lelaki Ini Habiskan Masa Selama 27 Tahun Untuk Mengukir Sebuah Gua. Hasilnya Buat Ramai Kata WOW !!! |Seorang lelaki menghabiskan masa 27 tahun di padang pasir bertemankan hanya anjing peliharaannya sahaja untuk memenuhi minatnya.

Di sebuah gua terpencil di New Mexico, Ra Paulette bertindak mengukir gua tersebut dengan caranya. Gua tersebut telah diukir dengan corak yang cukup menarik.

Ra Paulette merupakan ahli seni yang belajar sendiri tanpa latihan atau pelajaran mengenai seni ukiran. Dia menggunakan alat seperti penyodok dan alat ukiran lain.

Dia telah menghabiskan masa selama 27 tahun mencipta arca yang menarik, dan mencipta serta mengukir di beberapa tempat lain di ruang-ruang yang beliau rasakan boleh dijadikan tempat untuk mengekspresi minatnya.

Paulette bermula dengan mencipta karya batu pasir iaitu karya yang di namakan sebagai Windows in the Earth Shrine untuk Santa Fe Resort di New Mexico. Karya tersebut mengambil masa dua tahun untuk disiapkan, dan boleh digunakan untuk upacara perkahwinan, meditasi, doa atau sebagainya yang bersesuaian. Selepas menyiapkan hasil seni ini, dia mula membuat yang lain.

Guanya merupakan satu seni yang berbeza dari pengkarya seni lain.

Sentuhan dekoratifnya termasuk dinding bercorak, dan rekaan yang berbeza-beza setiap kali dibentuk.

Paulette tidak membuat kerja-kerja ini untuk mendapat wang semata-mata, tetapi menganggapnya sebagai satu hobi, perkhidmatan kepada masyarakat, dedikasinya terhadap seni yang membuatkan orang lebih menghargai kecantikan dan keunikan gua.

Ada yang berpeluang melihat sendiri hasil seni Paulette di depan mata dan ada yang berinspirasi melihat gamba-gambar di laman Facebook.

Rata-rata masyarakat memberi reaksi positif akan tindakan yang dilakukan Paulette mencipta dan mencorakkan gua.

Dia [Ra Paulette] menjadi terkenal pada tahun 2014 apabla sebuah dokumentari yang menjadi calon untuk anugerah Oscar, “Cave Digger” diterbitkan dan kisahnya menumpukan kepada kerja dan hidupnya.

Dia berkata bahawa dia melihat projek yang dilakukannya sebagai projek alam sekitar dan mahu membuka perasaan masyarakat supaya menghargai alam.

Tonton video di bawah:

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Lelaki Ini Habiskan Masa Selama 27 Tahun Untuk Mengukir Sebuah Gua. Hasilnya Buat Ramai Kata WOW !!! appeared first on HARIAN METRONI.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.