Suspek cabul dan liwat 3 pelajar ditemui mati gantung diri


IPOH, PERAK - Lelaki berusia 54 tahun didakwa mencabul dan meliwat tiga pelajar berusia 13 dan 14 tahun, ditemui mati dipercayai menggantung diri sehingga mati, lapor Berita Harian. 

Tiga pelajar berkenaan terdahulu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Isnin lalu dan mendakwa mereka bertiga telah diliwat suspek.

Suspek yang masih bujang merupakan jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak sekolah berkenaan sejak 10 tahun lalu ditemui mati gantung diri di sebuah bilik hotel, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, siasatan awal mendapati, dakwaan suspek mencabul dan meliwat tiga pelajar terbabit berlaku antara Mei 2016 hingga Mac tahun ini di rumah suspek dan bilik hotel. 

"Suspek akan memberikan sebiji pil kepada mangsa dengan alasan untuk membesarkan badan. Selepas menelan pil, mangsa menjadi separuh sedar dan suspek akan meliwat dan menghisap kemaluan mangsa.

"Sebaik selesai, mangsa dibawa untuk membeli barangan seperti telefon bimbit, kasut, seluar dan baju," katanya. 

Bagaimanapun, jam 5.40 petang Selasa, polis menerima panggilan dari sebuah hotel yang memaklumkan penemuan mayat suspek dalam bilik. 

Mayat suspek dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. 

Tian Kee berkata, susulan laporan tiga pelajar berkenaan, polis masih mengesan beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai turut menjadi mangsa dalam kes tersebut. Namun bilangan sebenar mangsa masih dalam siasatan. 

Katanya, kes yang membabitkan pelajar berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii. Manakala kematian suspek diklasifikasikan kes mati mengejut. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.