Aku tanya nak minum ke tak? Dia jawab 'nak yours' - Baru hari pertama bekerja lelaki ini diganggu secara seksual
Seringkali kita mendengar gangguan seksual yang berleluasa ke atas perempuan atau wanita. Namun, pernah kah kita mendengar gangguan seksual yang dilakukan oleh perempuan kepada lelaki? Jarang sekali dipaparkan isu ini memandangkan isu ini agak pelik kedengaran. Namun, itulah realiti yang dihadapi oleh afiqciko. Beliau telah berkongsikan pengalamannya yang terkena gangguan seksual di tempat kerjanya.
Pada hari pertama dia berkerja, dia telah mengambil pesanan makanan dari sekumpulan pelajar perempuan. Dia mula tidak senang hati apabila sekumpulan pelajar terbabit memandang pelik kepadanya. Tidak cukup dengan itu, salah seorang daripada mereka cuba untuk merabanya. Namun, Afiq terselamat dari diraba.
Afiq melalui bebenangnya di Twitter itu menasihati kepada masyarakat tidak kira lelaki atau perempuan, supaya sentiasa berhati-hati di mana juga berada kerana jenayah ada di mana-mana tidak mengira gender.
JARANG kita dengar tentang lelaki kena sexual harassment kan? Tapi kali ini, aku percaya benda tu berlaku sebab aku dah kena. Okay ceritanya macam ni. Benda ni terjadi last week. Aku baru dapat kerja dekat satu kedai makan. Kalau nak dikira location kedai tu okaylah kot sebab tak jauh dari tu masjid dan berhadapan dengan kedai tu, ada satu Kolej Komuniti dan juga asrama students.
Kejadian ni berlaku masa hari pertama aku bekerja. Aku masuk kerja pada pukul empat dan balik pada pukul 11 malam. Sebagai pekerja yang profesional aku terima sahaja. Pada petang tu, aku tak banyak sangat buat kerja sebab partner kerja ajak borak apa semua kan. Customer tak ramai sangat sebab apa yang mereka bagitahu, kedai tu akan ramai selepas Isyak.
Waktu tu ramai sudah tentu kerana pakcik -pakcik balik masjid singgah makan dan juga students yang akan keluar makan sebab asrama Kolej Komunti tidak ada kemudahan tempat makan seperti di universiti lain. Everything was fine dari petang sampailah malam sehinggalah ada satu kejadian yang aku tak sangka pun akan jadi dan aku rasa benda tu tak patut jadi.
Pada pukul 10 malam macam tu, datang a group of students dari Kolej Komuniti tu and guess what, most of them free hair and ada pakai short tak pun skirt but still ada yang elok bertudung sedangkan rules mereka sama je macam tempat lain which no skirt and so on. Aku pun abaikan sahaja sebab aku nak bekerja bukan perlu ambil campur hal mereka, asalkan aku dapat gaji dah cukup bulan nanti hahaha.
Okay, then tanpa ragu-ragu dan syak wasangka, aku pun pergilah ambik order. Mereka ni ada tujuh orang dan semua girls. Sampai sahaja aku di meja mereka, aku pun tanya, "minum?" dan aku terkejut bila semua pandang aku macam pelik seolah-olah seperti nampak hantu. Ya, aku tahu aku tak handsome tapi tidak teruk sangat.
Dan aku pun tanyalah lagi sekali "minum?”. Selepas tu, boleh pulak one of them ni tanya "budak baru eh?" Aku tak menjawab tapi aku hanya mengangguk. Kemudian, dia memandang aku dengan pandangan sinis. Aku dah rasa lain macam. Kali ketiga aku tanya "nak minum ke tak?" Salah seorang dari mereka menjawab, ”nak yours.”
Waktu tu aku dah menyirap sangat dan mereka ketawakan aku. Bila dah habis ketawakan aku, baru mereka bagi order dan aku paling terkejut bila ada tangan yang cuba untuk capai aku. Aku tak tahulah nak pegang apa, peluk ke, tapi i’m so shocked. Nasib baiklah aku perasan kalau tak, tak pasal-pasal aku diraba.
Aku pun undurlah sikit sebab nak habiskan ambik order tu, padahal dalam hati aku tu rasa nak maki dan pergi macam tu sahaja. Setelah settle ambik order, aku terus pergi dapur, tapi tidak disangka, semasa aku gerak dari meja tu, something hit my back dan mereka ketawakan aku lagi. Aku pun macam dah bengang.
Aku bagi list kat akak buat air tu. Selepas tu, aku buat buat busy sebab aku malas nak hantar air pada mereka. Amir tolong hantarkan. Dan bila Amir masuk balik dapur, Amir bagitahu aku, budak-budak tu nak berborak dengan aku dan minta nombor telefon aku. Amir bagitahu pada mereka balik yang aku tidak ada telefon (aku memang tak ada handphone time tu). Aku tanyakan Amir lagi kenapa mereka buat macam tu? Dan Amir cakap sebab mereka kata aku comel dan macam nerdy.
Mereka fikir aku porn star ke nak cakap macam tu. Sumpah, aku menyirap sangat tapi Amir boleh pulak buat lawak.
"Alaa kau layan sahaja la, mana tahu rezeki."
Terus spoil mood aku malam tu, sedangkan baru first day kerja, lepas tu kena macam tu. Aku pun tak keluar dari area kedai (sebab there are some tables outside the restaurant) sehinggalah aku nampak ada boys datang join mereka. Haha macam tu ke rezeki?
Itu sahaja cerita aku. Aku tak tahulah apa padangan kamu semua, but for me i can’t accept that. Kalau open macam tu mereka dah boleh buat macam tu kat aku, kalau tempat tertutup aku tak tahulah apa mereka dah buat.
Bukan niat aku nak jatuhkan kehormatan girls but aku nak cakap, tak kiralah kau girls ke boys ke, dunia sekarang ni kalau orang nak buat apa-apa, dia dah tak fikir mangsa tu gender apa. Kalau boys nak cakap "eleh baru sikit je nak koyak dah.” Iya, betul memang aku koyak.
Aku pun ada maruah. Bayangkan kalau orang nampak aku kena macam tu, yang negative side akan cakap "tengok tu dia biar je kena raba.” Okaylah, just a sweet reminder untuk semua. Hati-hati okay kat mana pun kamu semua berada. Protect yourself from those shits.
Amir cakap those girls memang macam tu sebab dia pun pernah kena waktu awal awal kerja dulu, dan aku boleh conclude mereka nak mangsa baru, tapi sorry bukan aku la orangnya.
Sumber: Ciko
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment