'Kalau aku tak perasan Nuqman tertelan bateri, boleh pecah perut dan kematian'
"Jangan ingat apa yang anak kita akan boleh keluar mengikut najis,: demikian nasihat dari Mira Yusuf kepada golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil selepas melalui peristiwa yang tidak diingini berlaku.
Dalam kejadian Rabu lalu, rasa tidak sedap hatinya sebagai seorang ibu ternyata benar apabila pemeriksaan mendapati anaknya tertelan bateri kalkulator.
Bimbang dengan keselamatan anaknya, Mira terus membawanya ke hospital untuk mengeluarkan bateri tersebut.
ASSALAMUALAIKUM, 28 Mac 2018, jam 5 petang. Anak sulung aku, Izz, tengah susun kalkulator. Tiba-tiba kalkulator terjatuh skru dan bateri berkecai. Anak nombor dua aku, Nuqman, dia duduk belakang abang dia. Tindakan paling cepat aku buat, aku tengok kalkulator dan check mulut Nuqman sebab aku takut dia kutip dan makan. Bila check dalam mulut, aku lega bateri itu tak ada dalam mulut dia.
Doktor tanya aku nampak ke anak makan bateri? Aku cakap aku tak nampak.
"Anak puan aktif je saya tengok? Tapi kalau puan tak puas hati, saya sarankan puan pergi ke lagi satu klinik," katanya.
Aku terus pergi klinik situ dan selepas x-ray, memang ada bateri dalam perut Nuqman. Doktor kata tak apa, bateri dah di usus, boleh terus pergi ke hospital. Mengalir air mata, apa yang aku rasa itu betul.
Bawa Nuqman pergi hospital, buat x-ray sekali lagi. Selepas x-ray, doktor kata dia nak berbincang dengan doktor pakar dan Nuqman disuruh masuk wad sebab bateri itu bukan berada di usus tetapi masih dalam perut.
"Esok kita operation untuk keluarkan bateri. Dalam jam 12 kita akan lakukan endoscopy, keluarkan bateri ikut mulut dia," kata doktor.
Doktor pakar masuk waktu pagi, dia suruh buat x-ray lagi untuk mengetahui kedudukan bateri. Bateri masih berada di tempat yang sama dan doktor akan cuba mempercepatkan.
Alhamdulillah, 29 Mac 2018 jam 10 pagi, Nuqman dah kena ready nak dibawa ke bilik pembedahan. Doktor bagi Nuqman full bius. Waktu doktor bius bagi full bius, aku ada bersama dalam bilik pembedahan itu. Doktor suruh aku keluar bila Nuqman dah tidur.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan bateri dapat dikeluarkan. Tak sampai satu hari, bateri itu dah bertukar warna. Bahayanya bila anak termakan bateri, boleh menyebabkan perut pecah atau kematian.
Ada yang tanya macam mana nak mengenal pasti anak termakan bateri? Anak lemah ke apa? Nak kata lemah itu aku rasa tak sebab Nuqman sangat aktif. Kalaulah aku tak ikut apa yang naluri aku rasa itu, mesti sampai sekarang aku tak tahu anak aku makan bateri.
Semakin lama bateri dalam perut, ia boleh menyebabkan koma dan juga boleh menyebabkan kematian.
Alhamdulillah, Nuqman dah discharge petang semalam dan malam ini aku nak buat operasi besar-besaran nak buang bateri di mainan anak aku.
Sebelum Nuqman discharge semalam, doktor pakar jumpa anak aku. Selepas itu dia kongsi cerita dengan aku. Dia kata semalam group WhatsApp doktor bius ada berbincang tentang kes anak aku. Diorang semua cuak juga sebab minggu lepas ada berlaku di UK di mana seorang budak tertelan bateri masuk dalam perut tetapi terkena saluran darah dan budak itu meninggal dunia.
Alhamdulillah, sewaktu mereka keluarkan bateri semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua yang tolong mendoakan untuk Nuqman.
Pesan aku, jangan ingat apa yang anak kita akan boleh keluar mengikut najis. Ibu bapa yang ada anak kecil, tolong pastikan mainan yang dibeli itu selamat untuk anak-anak.
Kalau ada apa-apa barang yang ada bateri tetapi bila korang tengok baterinya hilang, bawa saja anak pergi buat x-ray. Ada atau tak ada bateri dalam perut, itu belakang cerita. Ibu bapa jangan ambil mudah dengan perkara ini.
Saya kongsi cerita ini sebab saya nak korang bersama-sama aku buat operasi besar-besaran untuk clearkan atau tampal pita pelekat pada mainan yang ada bateri serta ketatkan skru yang mana sudah longgar.
Share cerita aku ini, supaya lebih ramai lagi yang tahu akan bahayanya anak kecil tertelan bateri.
Sumber: Mira Yusuf
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment