Rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia, temui lebih 900 bahan pornografi dalam laptop dan telefon


Padah membawa bahan pornografi dalam bentuk gambar dan video kanak-kanak, seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Khamis lalu, lapor Harian Metro

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) semalam memaklumkan, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas pegawainya menemui sejumlah besar bahan pornografi tersebut ketika menjalani pemeriksaan ke atas barangan miliknya ketika sampai di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur. 

"Kita menemui lebih 900 gambar dan video berkaitan eksploitasi seks kanak-kanak yang tersimpan dalam komputer riba dan telefon bimbitnya. 

"Lelaki berkenaan didakwa mengikut undang-undang Mengimport Tahap 2 Bahan Eksploitasi Kanak-Kanak mengikut Seksyen 233BAB (5) Akta Kastam 1901," kata kenyataan itu. 


Jika disabit kesalahan kerana mengimport atau mengeksport bahan eksploitasi tersebut, tertuduh berdepan dengan hukuman penalti maksimum AUD180,000 (RM542,990) atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Suspek direman sehingga 29 Jun dan akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Melbourne dalam masa terdekat.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.