(Video) Pelajar dibelasah kerana ganggu pelajar perempuan


Seorang pelajar Tingkatan Dua dibelasah dua pelajar selepas didakwa mengganggu pelajar perempuan lain dalam kejadian Jumaat lalu di sebuah sekolah di Klang, lapor Harian Metro

Dalam kejadian itu, mangsa ditumbuk, disepak, diterajang berkali-kali oleh dua pelajar terbabit sambil disaksikan beberapa pelajar lain yang berada di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu mahu pulang ke rumah selepas selesai sesi persekolahan. Namun telah dipanggil seorang pelajar lain kira-kira jam 12.30 tengah hari. 

Mangsa kemudian diminta pergi ke kawasan belakang sekolah sebelum dibelasah dua pelajar lelaki terbabit.

"Mangsa yang juga pengadu kes ini kemudian diminta mengikuti pelajar itu ke kawasan belakang landskap sekolah berkenaan.

"Pengadu kemudian dipukul individu itu bersama seorang lagi pelajar lain dengan menggunakan tangan dan kaki. Kejadian itu dileraikan seorang pelajar yang berada di tempat kejadian," katanya..


Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan pesakit luar. 

"Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan fizikal pada badannya. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan." katanya.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.