'Saya minta maaf, saya tidak sengaja' - Jurusolek sebar gambar bayi Siti, tampil mohon maaf


Jurusolek sambilan yang memuat naik gambar anak kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di Facebook semalam, tampil memohon maaf dan bersedia berjumpa dengan pihak Siti untuk memberi penjelasan. 

"Saya minta maaf dan sedia berjumpa pihak Siti untuk menjelaskan perkara sebenar," kata Wan Noor Akmal Wan Yusof, 36, memetik kenyataannya dari Harian Metro

Jelas Wan yang menggunakan nama Wan Arianna di Facebook itu berkata, dia mendapat gambar dan video itu daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimuat naik ke akaun Facebooknya dengan niat mahu berkongsi kegembiraan. 

"Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun apabila seorang komen dan meminta saya memadamkan status berkenaan, ramai yang turut komen sama. Malah mereka mula mengecam saya," katanya. 

Menurut Wan, dia tidak sedar perkara itu menjadi kecoh kerana pada waktu itu dia berada di luar. Namun sebaik saja tiba di rumah, dia menyedari banyak notifikasi masuk sebelum menyedari tindakannya memuat naik gambar-gambar berkenaan menimbulkan kemarahan ramai pihak. 

"Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memadam dan menyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu," katanya yang juga tidak mengetahui kenyataan suami Siti di mana mereka bakal berkongsikan wajah anak mereka selepas seminggu kemudian. 


"Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti. Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya," katanya. 

BERITA BERKAITAN:



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.