'Anak ramai lebih mudah diurus berbanding 2 atau 3 orang anak' - Ibu kongsi 10 tips berguna untuk ibu bapa yang ramai anak


Apabila memiliki anak yang ramai, seorang ibu terutamanya akan mengeluh dengan sikap anak-anak yang tidak terurus. Bila si A menangis, si B dan C pula akan menyusul. Penat si ibu tidak pernah berkesudahan. 

Namun, bertentangan pula bagi Siti Maisarah Saifuddin. Baginya, anak yang ramai mudah diuruskan berbanding anak yang sedikit. Perkongsiannya yang berkongsi sepuluh langkah mengendalikan anak--anaknya yang ramai mendapat reaksi positif dari netizen yang rata-ratanya memuji sikapnya. 

Walaubagaimanapun, dia berpendapat lain orang lain caranya untuk mendisiplinkan anak-anak.

Lumrah seorang ibu surirumah. Bila punya anak yang ramai, hampir sebahagian tugasan terpaksa diambil alih sepenuhnya. Kerap kali saya ditanya, bagaimana saya uruskan lima orang hero saya ini di tempat awam dan kemana-mana sahaja.

Percaya atau tidak kalau saya katakan, anak ramai sebenarnya lebih mudah diurus berbanding dua atau tiga orang? Eh biar betul? Ye, betul.

Ini situasi ketika saya membawa mereka keluar.  Habib berumur 9 sembilan tahun, Hanif, tujuh tahun. Anak ketiga, Hafiz enam tahun, Hasyri empat tahun dan Hakim berumur setahun. Apa yang saya lakukan, sebelum keluar, mulakan dari rumah.

Ini adalah pesanan penaja. Sebelum keluar rumah, saya pastikan semua settle dahulu. Kalau ada anak yang jenis pakai pampers waktu malam saja, so pakaikan siap-siap pampers walaupun nak keluar sekejap sahaja. Ini kerana time dia nak kencing ke apa, dia tak mengganggu waktu kita di luar atau tempat awam. Kalau tak, macam mana nak berlari cari tandas lagi? Apatah lagi kalau semasa memandu, tiba-tiba, "Umi nak kencing!" Ala padan.

Selalunya Hasyri memang saya pakaikan pampers dari awal. Kemudian, pesan siap-siap pada abang-abang yang lain supaya ke tandas dan selalu saya gunakan ayat tinggalkan mereka di tepi jalan jika mereka mahu kencing semasa saya memandu. Jadi cepat-cepat mereka ke tandas.

Situasi kedua di dalam kereta, saya akan beri pesanan kepada abangnya Habib menjaga Hasyri yang kecil dan Hanif mesti jaga Hafiz. Selalu pimpin tangan adik dan jangan berlari. 

"Kalau sesiapa berlari, tak dengar Umi cakap, tak ingat apa yang Umi pesan, Umi u-turn balik dan siapa good boy, umi belanja ABC." ABC adalah kegemaran anak-anak dan saya tahu, itu reward paling baik untuk diberi kepada anak-anak. 

Di dalam kereta, pesan dari awal mohon jaga kelakuan. Tak nak bergaduh dan tak nak bertengkar. Anak lelaki, kan? Sekali bergaduh bertumbuk, dengan mak sekali jadi ninja!  Pernah sekali,  hampir sampai di tempat dituju, mereka tiba-tiba bergaduh. Apa saya buat? Saya pegang pada janji. Saya U-TURN balik on the spot. 

Haru kan? Mana tak haru kalau time itu nak pergi makan dan perut kita pun tengah lapar. Memang kesian kat anak. Tetapi kena jadi ibu bapa yang berpegang kepada janji sendiri. Kalau awak dah kata U-Turn jikalau mereka bergaduh, tolong buat U-Turn. Sebab apa? Meh saya ceritakan. 

Peristiwa ini hampir berkali-kali terjadi. Memang nak bagi mereka jaga kelakuan tempat awam bukan senang. Ada ketika bila order makan, dia bergaduh. Pun saya U-Turn balik. Bukan tak kasihan pada anak tetapi memberi pengajaran dan anak tahu, kita betul-betul tegas. Jadi next time, anak-anak dengan sendirinya berjaga-jaga.


Cara ketiga, saya susun kedudukan di meja makan. Selalunya saya pilih meja makan yang luas dan hujung sekali. Anak-anak saya jenis berebut nak makan di sebelah umi dan adik baby (Hakim). Mereka berempat akan berebut kerusi dahulu. Jadi masa tu, ibu memainkan peranan paling penting. Ibu dihujung sini, abang paling besar di hujung sana. Pastikan adik yang mereka kena jaga duduk di sebelah masing-masing.  Dengan itu, mereka tahu tanggungjawab mereka belum habis.

Oh ya! Pastikan semasa nak keluar makan ini, anak-anak memang betul-betul lapar! Kalau ada yang tak nak makan, better beli tapau saja. 

Seterusnya, order makan satu persatu. Selalunya kalau pergi makan, mesti order air dulu kan? Kali ini tukar. Order makanan sahaja dulu. Air order bila dah habis semua makan sebab bila anak minum air dulu, dia tak akan habiskan makanan mereka.


Dan selalunya bila dah habis makanan, semua behave dan saya akan bagi reward kepada mereka. Okey, order ABC. Mereka tahu, siapa behave semasa makan, Umi bagi hadiah. Tetapi ingat! Kalau order ABC, order untuk dua orang saja. 

Contoh kalau berempat, minta mangkuk lebih. Ibu, masa order sampai, rasa dulu makanan itu, baru bagi anak makan. Even sesudu sahaja. Kemudian bahagikanlah makanan itu. Mereka masih berkongsi. Kalau ada yang merajuk, saya pesan siap-siap. "Okey. Jangan makan. No more datang makan lagi. Nanti duduk rumah saja. Dah tak boleh have fun dengan Umi." Automatik anak yang merajuk tadi nak makan. Sebab dia tahu Umi tegas. Kalau Umi sanggup uturn, Umi mesti sanggup tinggal dia di rumah juga. Haha.

Oh ya! Tahu tak kenapa ibu kena merasa dulu makanan anak-anak? Nanti saya sharing. Seronok story bab ini!

Situasi semasa makan. Pernah kan anak tengah makan dan comot. Ibu, belajar beri arahan pada anak yang sulung.


"Abang, lap mulut adik tu. Kesian adik comot. Hahaha" 

Kenapa 'hahaha'? Sebab nak ambil hati abang yang tengah mood makan tadi kot spoil mood sebab kena tengok adik tiba-tiba. Ibu, wujudkan situasi lucu dan kelakar. Rajin tanya anak, sedap tak? Suap Umi sikit. Jangan pelik kalau tetiba empat orang sekali gus berebut nak suap. Masa itu pandai-pandai lah ibu bagi giliran.

Selalunya di kedai makan, saya akan order tiga nasi sahaja. Yang dua orang lagi akan berkongsi. Saya orderkan pinggan lebih. Kalau ada yang tak cukup, baru menambah. Kenapa?  Sebab sayang tengok nasi yang tak habis. Nanti saya nak habiskan macam mana?

Tips seterusnya adalah pakaian ibu. Bila keluar makan, saya pastikan pakaian saya bebas bergerak. Tak semestinya seluar ,tetapi kain yang bebas untuk bergerak lebih laju. Bila berjalan, Hasyri akan pimpin tangan saya sementara saya dukung Hakim. Habib, Hanif dan Hafiz akan berjalan berpimpin tangan. Kalau menghalang jalan, maka saya baga arahan jalan berdua.


Begitu juga dengan niqab. Saya lebih selesa memilih niqab yang senang dibuka ketika makan. Dan niqab ElHuda pilihan saya sebab lebih mudah.

Mahu ke mana selepas makan? Kenalpasti minat anak-anak. Sejak dari kecil, saya biasakan anak dengan buku sebagai reward. Sampai di kedai buku ibarat heaven buat mereka. Saya biarkan mereka memilih buku kesukaan. Pilihlah buku apa. Umi akan cuba setuju. Ada juga pilih buku komik ke apa. Selalunya saya bertolak ansur.

Bagaimana kalau anak nampak mainan masa keluar? Pernah saya tengok situasi anak tantrum kerana nak mainan yang mahal. Ibu bapa menahan pilu yang amat di hadapan orang. Saya ingat pesan bonda, 

"Jangan ditahan kemahuan anak. Kalau tak setuju, nasihat yang baik. Kalau tak makan saman, tukarlah. Beli barang lain."

Itu yang saya buat. Tipulah kalau anak saya tak pernah minta mainan. Itu dunia anak-anak kecil tanpa batasan. Selalunya saya bawa mereka ke kedai mainan. Saya bagi peluang mereka melihat. Tapi bila  tengok harga, saya rasa macam telan bom. Saya beritahu siap-siap. Umi tak cukup duit. 

Pernah sekali mereka merengek nak juga mainan.Saya belikan dalam sendu. Naik kereta, mereka minta beli air. Saya pura-pura menangis, duit dah habis. Macam mana nak beli air? Saya keluarkan dompet, memang duit dah habis.

Anak kedua saya tiba-tiba nenangis dan meminta maaf berkali-kali. Mungkin serba salah duit dah beli mainan. Sejak dari hari itu dia belajar sesuatu. Habib dan Hanif faham setiap kali saya katakan Umi tak cukup duit. Saya belajar mohon maaf dengan anak jika tak dapat memenuhi permintaan. Selalunya kalau pergi ke tempat mainan, saya bagi dia pegang dan tengok sepuasnya. Biar hilang rasa bosan dan keinginan. Lama-lama mereka tahu, heavennya di kedai buku berbanding kedai mainan!

Apabila semuanya selesai, selalunya bila naik kereta, di dalam perjalanan balik, saya tanya perasaan anak-anak setiap seorang. Bila gembira, apa yang perlu buat? Saya pastikan mereka berterima kasih dengan saya. Agak lama nak ajar mereka berterima kasih sekalipun untuk happy time. Alhamdulillah sekarang tak lagi. Awal-awal beli atau dapat sesuatu, mereka tak lupa ucap, Terima kasih Umi! Terima kasih ayah! 

Percayalah! Masa itu ibu mesti rasa mcm nak lompat sampai ke bintang bila anak gembira!

Tips terakhir, berjanjilah tetapi mesti tunaikan! When you make a promise, so please!  Make it true. Anak-anak sebenarnya belajar behave dari sebuah janji. Rewardlah bila mereka behave. Walau sekecil-kecil reward, mereka akan lebih menghargai.  

Please! Make sure handphone simpan siap-siap. WhatsApp silent dahulu.  Check handphone bila keadaan terkawal. This is your family time.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.