Gambar-Gambar Bas Ambifia Rosak Di Tengah Sungai terengganu



TULAR gambar-gambar kerosakan bas ambifia yang bernilai rm3 juta di laman facebook sejak semalam. 

Gambar-gambar itu dikongsikan oleh seorang Facebooker yang dikenali dengan nama Mohd Ropi Mat Sin dengan caption, "Hidup Mat Razif. 3 juta sutir," katanya dalam posting tersebut.

Berdasarkan beberapa gambar yang dikongsikan oleh individu itu, kelihatan bas ambifia itu rosak ketika sedang beroperasi di atas air.






Tidak dapat dipastikan samada ketika itu ada atau tidak penumpang di dalam bas tersebut. Bas itu yang rosak kemudiannya tarik keluar oleh kenderaan lain selepas didatangi sepasukan penyelamat.

Lokasi kerosakan tidak dikongsikan oleh individu itu namun dipercayai ia berlaku di Sungai Terengganu.

Untuk rekod, bas tersebut baru sahaja dirasmikan pada 31 Januari yang lepas. Ketika dirasmikan dalam operasi sulungnya, beberapa rakaman video yang menunjukkan bas berkenaan seperti tersangkut ketika menaiki darat tular di laman sosial.

Bagaimanapun penyebaran video itu dianggap oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif sebagai fitnah dan cubaan untuk merosakkan industri pelancongan.

Terdahulu beberapa kontroversi menyusul selepas kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk membeli 2 unit bas ambifia yang dikenali sebagai amphicoach.

Mengikut perjanjian asal, bas ambifia harus memulakan operasi pada Mei 2015 namun ianya lewat sehingga 3 tahun lamanya.

Syarikat Alam Perkasa Technology Sdn Bhd diberikan tender bagi membekalkan dua unit bas ambifia namun sehingga kini hanya sebuah sahaja yang tiba dan beroperasi. Kos bas itu pula dianggarkan rm3 juta seunit. 

Tidak dapat dipastikan jika kerajaan negeri ada mengambil apa-apa tindakan undang-undang ke atas pembekal mengenai kelewatan dan kekurangan unit bas yang diterima setakat ini. - 14 Mac 2018.


Sumber : Friscomedia

Sumber : SuperKiram

No comments

Powered by Blogger.