'Jangan main-main dengan Blok F. Dulu ada kisah silamnya'


Assalamualaikum Mimin. Ceritanya bermula begini. Pada hari pertama saya nak register kemasukan ke Kolej Vokasional di Kajang, kereta keluarga saya parking betul-betul di hadapan Blok F yang kelihatan seram, seperti sudah ditinggalkan lama dan memang tiada orang langsung yang duduk di bangunan itu. 

Malam itu, ada pula senior dorm 3 ini cerita tentang hantu. Bila dia cerita saja, dia kata, 

"Jangan main-main dengan Blok F. Dulu ada kisah silamnya. 


"Selalunya bagi pelajar asrama, setiap hari Jumaat memang malas sangat nak pergi ke surau untuk solat Jumaat. Jadi, dulu ada seorang pelajar ini suruh kawan dia, kuncikan dia dalam locker. Kemudian bila selesai solat Jumaat, buka locker itu semula. Dia tak nak pergi solat Jumaat sebab nak tidur. 


"Bila dah selesai solat Jumaat, kawan dia itu pula terlupa nak buka locker sebab kebiasaannya hari Jumaat adalah minggu pelajar asrama pulang ke rumah. Jadi rakan dia terlupa sebab gembira sangat dapat balik. 

"Selepas seminggu, dia orang balik semula ke asrama dan terhidu bau mayat. Kawan dia pun terus buka locker dan menemui mayat pelajar berkenaan," katanya. 

Disebabkan kejadian itu sehingga kini Blok F tiada penghuni. 

Cerita yang seterusnya adalah kisah saya dan kawan-kawan yang berlaku pada bulan Januari baru-baru ini. Kebiasaannya bagi para pelajar asrama, adalah perkara biasa kalau tidur lewat sehingga jam 4 pagi disebabkan mahu mengganggu orang lain. Haha! Biasalah kan. 

Saya dan rakan-rakan mengganggu rakan-rakan yang lain sedang tidur pada jam 2.30 pagi. Blok kami, Blok D, bersebelahan dengan Blok F yang sunyi sepi. Jadi kami teruskan rutin malam kami. 

Selepas itu saya terdengar bunyi katil bergoyang dan besi berkarat pada katil itu berbunyi dengan laju.

"Krekk.. Krekk.. Krekk..." 


Jantung saya berhenti seketika mendengar bunyi itu. Jadi saya pun malas nak tegur. Tiba-tiba rakan-rakan saya bertanya, "Korang dengar tak bunyi apa yang aku dengar tadi?". Kami semua kata ada. Jadi saya suruh kawan buka flashlight dan suluh ke arah katil yang bergoyang di mana rakan saya sedang tidur di bahagian atas. 

Katil itu bergoyang, akan tetapi tangan rakan saya itu terletak kemas di sisinya. Mustahil dia yang goyangkan. 

Oleh kerana perasaan ingin tahu siapa yang menggoyangkannya, salah seorang rakan saya si Hasmawi pun menegur. 

"Woi! Buatlah lagi!" 


Tiba-tiba katil itu bergoyang semula dengan laju. Kami semua terkejut dan berlari ke arah katil masing-masing dan terus menyelubungi diri dengan selimut dalam ketakutan. 

Keesokan harinya, satu Blok D kecoh dengan kejadian itu yang mungkin berpunca dari perbuatan kami sendiri yang suka mengacau orang. 

Sumber: Amirul Rashimi


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.