'Dia mengaku sebagai manager sebelum pukau dan samun 4 mangsa di pusat beli-belah' - Suspek sasar golongan pelajar wanita
Trending di laman Twitter, tiga wanita mengadu mereka telah diperdaya oleh seorangl lelaki yang menyamar sebagai pengurus premis ternama dan memukau kesemua mangsa sebelum mengambil telefon bimbit dan barang kemas mereka.
Dalam tiga kejadian itu dilaporkan berlaku di KL Gateway, IOI Putrajaya dan Setia City Mall di mana suspek menyasarkan golongan pelajar institut pengajian tinggi.
KES 1 (@Suuuuee__)
Gais, pesan pada kenalan perempuan atau ahli keluarga perempuan korang atau sesiapa sajalah, kalau kelaur rumah seorang diri, tundukkan pandangan ke bawah sebab baru-baru ini kawan perempuan saya baru saja dipukau di KL Gateway.
iPhone kawan saya diambil oleh lelaki itu. Tolong jaga diri!
Lelaki itu pukau kawan saya. Dia kata dia manager di salah sebuah kedai ini. Dia minta password iPhone dan ID Apple. Dan kawan saya beritahu saja password itu pada lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu.
Selepas itu, kawan saya menunggu lelaki itu datang semula ke tempat kejadian. Beberapa minit kemudian barulah kawan saya sedar yang iPhone dia dah tak ada.
Sebelum dipukau, dia pergi beli air di Mall Gateway dan ketika itu dia dalam perjalanan ke kolej. Kolej kami berdekatan dengan LRT Asia Jaya. Kami ada kelas jam tiga petang tadi.
Kemudian kawan saya hantar voice note dalam group kami memaklumkan dia lambat datang ke kelas. Kami semua pelik sebab dia bukan jenis hantar voice note.
Selepas lima minit kemudian, kami hantar mesej secara personal kepadanya tetapi respon yang diterima hanya satu tick sahaja menyebabkan kmai sudah mula risau di mana keberadaannya. Bimbang jika ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku sebab malam sebelum kejadian dia juga dikacau oleh mat rempit di kawasan rumahnya.
Jam 3.50 petang, kawan saya itu sampai ke kelas dan terus menangis. Dia panik dan menangis terduduk di lantai. Saya memang dah menangis sebab tak boleh melihat kawan saya menangis-nangis.
Kemudian dia menjelaskan ada seorang lelaki yang mengambil iPhone dia. Terus kami menghubungi keluarganya dan memaklumkan anak mereka telah dipukau.
Kelas memang jadi senyap sebab terkejut dengan kejadian yang menimpa dia. Kemudian Sir kami suruh bawa dia ke Student Affair untuk buat aduan.
Selesai membuat aduan apa semua, rakan-rakan yang lain temankan dia pergi ke bank untuk urusan menyekat penggunaan kad bank dan turut membuat laporan polis. Saya tak temankan dia sebab saya kenab alik kampung jam enam petang pada hari itu.
Saya cuba mencari iPhone dia tetapi tak dapat. Mungkin lelaki itu telah menukar segala-galanya dalam iPhonenya. Saya juga bimbang jika lelaki itu memindahkan wang kawan saya di akaun Maybank ke akaun banknya.
Tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, tolong jaga diri anda. Kalau keluar seorang diri, bacalah ayat kursi dan pandang bawah selalu bagi mengelakkan dipukau. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, memang bahaya.
Pukau ini bahaya, adakalanya boleh jadi fobia. Saya doakan kita semua selamat. Ameen!
Inilah lelaki yang pukau kawan saya selama. Hati-hatilah selepas ini.
KES KEDUA (@myraryanna)
Saya pun nak melaporkan perkara yang sama. Saya dan kawan menghadapi kejadian yang sama di IOI Putrajaya. Kami berdua beri lelaki itu telefon dan password kami
Dia mengaku dirinya manager Index Living, kononnya mahu mencari student untuk buat kerja part time dalam kejadian Isnin lalu.
Kedua-dua telefon kami diserahkan kepadanya termasuk emel, password dan segalanya. Selepas 10 minit kemudian baru kami sedar yang lelaki itu tak muncul kembali.
Kami terus buat aduan pada pihak pengawal keselamatan dan Index Libing. Mereka periksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan segalanya. Lelaki itu hanya mahukan telefon bimbit. Semua info dalam phone dia tak usik dan terus format telefon itu sebab selepas kami kena, terus pergi ke Machine dan terus tak dapat kesan telefon kami. Laju dia buat kerja.
Disebabkan kejadian itu, berjam-jam kami berada di IOI Putrajaya, fikir macam mana nak balik. Mujur kakitangan Index Living beri pinjam komputer dan saya terpaksa buat Twitter baru untuk menghubungi kawan saya datang menjemput.
KES KETIGA (@schidooo_)
Saya juga baru mengalami kejadian yang sama di Setia City Mall. Lelaki itu menawarkan kerja kepada saya kononnya dia adalah pengurus di sebuah pasar raya. Jam dan gelang emas saya habis hilang. Adakah lelaki itu orang yang sama dalam kes ini?
Selepas kejadian itu, baru saya tersedar yang saya ditipu dan rasa baru kena pukau. Saya terus pergi bertanya kepada pekerja pasar raya berkenaan. Namun mereka tidak mengenali lelaki itu.
Saya terus buat aduan pada pihak pengurusan dan buat laporan polis.
Semasa dia menawarkan kerja, dia ada bertanya "You familiar tak dengan produk Apple?". Kemudian saya kata tidak sebab saya guna telefon Android. Kalau tidak, mesti dia ambil iPhone saya juga. Tak tahulah nak survive macam mana kalau dia ambil.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment