'18 saat terakhir itulah last conversation dengan ayah'
Apabila usia semakin dewasa, semakin sibuk kita menghadapi segala urusan di dunia sehingga adakalanya kita terlupa betapa berharapnya orang tua kita mendampingi mereka.
18 saat, itulah perbualan terakhir Hakim Malik bersama bapanya, tanpa menyangka lelaki bergelar ayah itu akan pergi buat selama-lamanya.
Dalam perkongsian di Twitter, Hakim terasa kesal dan sedih dengan apa yang berlaku dan meminta orang ramai di luar sana menghargai ibu bapa masing-masing selagi mereka masih ada.
SESIAPA yang ibu bapa dia call itu, tolonglah hargai sebaik mungkin. Ini last call dari ayah aku. Sebelum ayah pergi, dia ada call aku. Hang tahu tak aku cakap dengan dia 18 saat sahaja?
Dia cakap, "Along, ayah dah masuk duit.". Hang tahu aku tak cakap terima kasih pun?? Sebab aku busy nak buat benda lain waktu itu.
Selepas end call itu, aku tak ada call dia balik sampailah dia suddenly sakit tiga hari, then meninggal dunia. Sekarang aku dah tak ada chance nak dapat call dari 'ayah' sampai bila-bila. Hargai call dari parents anda.
Tak sempat nak berbakti kepada ayah atas dunia ini. Kepada semua, tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya. Semoga Allah ampunkan semua dosa ayah saya, diselamatkan arwah ayah saya dari fitnah kubur dan ditempatkan roh ayah saya di illiyin bersama-sama roh orang beriman. Aaminn.
Untuk pengetahuan semua, 18 saat terakhir itulah last conversation dengan ayah aku. Selepas habis call itu, ayah aku sakit, tak sedar kat hospital tiga hari and dia pergi.
Sedih memang sedih tetapi terkilan itu besar lagi rasa dia. Kalaulah aku cakap terima kasih kat dia, mesti seronok sikit hati seorang ayah.
Sumber: @EEspimas
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment