Budak 3 tahun dirogol, dipukul dengan batu bata sampai mati


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dirogol dan dipukul sehingga mati dengan batu bata dalam kejadian serangan seksual di India, lapor Mirror

Mangsa sebelum itu sedang bermain dengan rakannya di Gurugram, New Delhi, yang kemudian dihampiri oleh seorang lelaki yang mengumpan dia kononnya mahu membelikan coklat untuk diberi kepadanya. 

Ahli keluarganya terkejut dan panik selepas dimaklumkan oleh rakan yang ternampak mangsa dibawa oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. 

Mayat mangsa kemudian ditemui buruh binaan pada pagi keesokkan hari di sebuah kedai terbiar, 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang. 

Mangsa yang masih belum didedahkan identitinya itu ditemui dalam keadaan berdarah dan lebam di seluruh badannya yang sebelum itu ditutup dengan plastik dan diletakkan empat batu bata di atasnya. 

Polis turut menemui pakaian mangsa tidak jauh dari lokasi kejadian. 

Siasatan mendapati mangsa telah dirogol dan kemaluannya ditusuk dengan sebatang kayu sehingga mengalami kecederaan dalaman. Tempurung kepalanya juga retak selepas dipukul dengan menggunakan batu bata. 

Punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah dan pendarahan dalam kepala. 

Hasil pemeriksaan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis kini sedang memburu suspek, Sunil Kumar, 20, yang kali terakhir dilihat bersama mangsa sebelum dibawa masuk ke sebuah premis. .

Difahamkan, Sunil berada di bandar itu untuk menziarahi ibu dan dua adik perempuannya. 

"Dia hilang semenjak kejadian itu berlaku. Kami telah menyoal siasat dan merekod keterangan ahli keluarga suspek," kata Asisten Komisoner Polis (Jenayah) Shamsher Singh. 


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.