2 hari 'burung' tersangkut dalam paip PVC
Entah bagaimana ia boleh berlaku, namun oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan mendorong seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun terpaksa meminta bantuan pihak hospital untuk membebaskan 'burungnya' yang tersangkut dalam paip PVC.
Lapor Berita Harian, mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) gagal mengeluarkan kemaluannya dan terpaksa menanggung azab selama dua hari apabila 'burungnya' tersangkut pada batang paip sepanjang kira-kira lima meter.
Mangsa pergi ke Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB menghubungi pasukan bomba bagi membantu memotong paip PVC berkenaan.
Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikerahkan ke HSB sebaik menerima laporan pada jam 8.05 malam Sabtu lalu.
Menurut bomba, tidak dapat dipastikan bagaimana paip itu boleh tersangkut pada kemaluan mangsa selama dua hari sehingga menyebabkan dia sukar untuk membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.
Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk menanggalkan paip tersebut dengan memotongnya menggunakan gergaji khas air 'rescue ring cutter'.
Mangsa masih mendapatkan rawatan di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sumber : CiteMalaya
Leave a Comment