Rogol cucu saudara, buruh rayu mahkamah ringankan hukuman


Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang buruh atas kesalahan merogol cucu saudaranya sendiri minggu lalu, lapor Astro Awani

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan itu. 

Berdasarkan pertuduhan, buruh berusia 45 tahun itu merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun pada jam 5 hingga 5.30 petang 18 November lalu di sebuah rumah di Kampung Larak Pendek, Kota Bharu.

Tertuduh telah masuk ke bilik dan merogol mangsa yang sedang tidur sambil menutup mulut mangsa dengan tangan agar dia tidak dapat menjerit. 

Pada keesokan harinya, tertuduh sekali lagi cuba merogol mangsa. Tetapi gagal berbuat demikian karana bapa saudara mangsa pulang ke rumah. 

Mangsa kemudian menghubungi pihak polis dan dia dibawa ke Balai Polis Nilam Puri untuk membuat laporan berhubung kejadian itu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih 30 tahun dengan sebatan tidak lebih daripada 10 sebatan. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah meringan hukuman tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Fallena Abu Bakar membantah rayuan itu dan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira trauma dan kesan psikologi kepada mangsa. 

Mahkamah kemudian menetapkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu bermula 20 November 2018.


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.