Bagaimana nak mengetahui perkembangan pertuturan anak? Ikut panduan pakar ini


Setiap ibu bapa sudah pasti risaukan tentang perkembangan anak-anak. Kerisauan juga akan timbul apabila melihat kanak-kanak sebaya lain lebih berkembang berbanding anak-anak kita. Tekanan akan pasti dirasai apabila ada pula yang membandingkan kemampuan anak-anak.

Pusat Psikologi Jiwadamai berkongsikan bebenang di Twitter mengenai cara untuk kenalpasti peringkat pertuturan anak-anak.  Dikatakan tidak semestinya kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay itu autisme tetapi speech delay ialah satu simptom kepada kecelaruan perkembangan yang lain macam Autisme.

MACAM mana nak tahu perkembangan pertuturan anak kita, sama ada masih okay atau sudah lewat? Macam mana kalau dah Speech Delay? Ini ialah thread, panduan ibu bapa untuk kenalpasti peringkat pertuturan anak-anak.

Pada usia 0-6 bulan bayi mula buat bunyi nada tinggi macam "Aaaaaaaa!!!!" tanpa apa-apa maksud, tetapi lebih kepada cubaan nak berkomunikasi.


Umur ni juga mula beri respons dengan bunyi persekitaran dia. Contohnya kita petik jari dari tepi, dia pandang dan mencari-cari sumber bunyi.

Umur 7-11 bulan bayi mula keluar bunyi ringkas (satu patah perkataan sekali sebut) seperti dada, susu, mama, papa. Juga mula faham arahan mudah (salam tangan, kiss pipi, bye bye). Umur ni juga mula pandai buat bunyi kenderaan atau haiwan (mengajuk bunyi/ suara sekeliling)

Umur 1 tahun pula, mereka mula belajar banyak perkataan baru (10-25) dan mula pandai guna suku kata perkataan yang lebih kompleks, sebagai contoh.

i.  Makan = Kan
ii. Minum = Num

Umur ni juga mula kenal orang dan pandai panggil nama ahli keluarga terdekat dan paling familiar.

Umur 2 tahun anak-anak mula dapat at least 50 perkataan baru (berkaitan hidup seharian) dan pandai gabungkan 2-3 patah perkataan sekaligus.


"Adik nak susu, "Mama, nak balik", “Papa gi mana?" Time tu juga dah pandai ikut arahan tanpa bantuan orang sekeliling.

Umur 3 tahun mereka sudah dapat sebut nama penuh. Pandai bercerita guna ayat yang ada 3-4 patah perkataan sekaligus. Umur ni juga dah mula faham soalan Where, When, Why, Who, What, How (5W1H). Biasanya kanak-kanak perempuan lagi laju perkembangan pertuturan dia berbanding lelaki.

Pada Umur 4 tahun, mula pandai guna ayat guna kata hubung/sendi seperti 

i. "Abang lapar SEBAB tak makan nasi lagi."
ii. "Kakak keluar jalan-jalan DENGAN adik."

Umur ini juga mula faham konsep dan tahu fungsi sesuatu objek. (Kipas untuk waktu panas, kereta untuk pergi sekolah dll)

Umur 5 tahun, pandai guna ayat yang mengandungi lebih daripada 5 patah perkataan sekaligus.Dapat faham arahan kompleks dan berantai.

E.g. "Pergi dapur dengan adik, kemudian makan nasi" (dia faham dua arahan sekaligus macam ni)


Bahasa dan pertuturan dah mula macam dewasa. Ini carta panduan asas.

Kalau awal daripada ini, bagus. Kalau lewat sikit tak mengapa. Tapi kalau lewat sangat, kena cepat-cepat hantar ke Speech Therapy untuk 'kejar' balik milestone dia.

Speech Delay ialah satu simptom kepada kecelaruan perkembangan yang lain macam Autisme. Tapi tak semestinya kanak-kanak yang ada Speech Delay itu ada Autisme.

Kami di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai ada buat servis terapi pertuturan atau apa-apa penilaian psikologi melibatkan neurodevelopmental disorder macam Autism, ADHD dll.

Hubungi 017-269 4853 untuk pertanyaan.

Setiap kanak-kanak itu istimewa dengan cara tersendiri dan ada perkembangan yang lain daripada kanak-kanak lain. Peranan kita sebagai ibu bapa, guru atau terapis adalah untuk kenalpasti dan kembangkan ikut kemampuan mereka.



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.