Nabil dan Jihan kata jangan fitnah, Vida pula terkilan digelar 'makcik'



Semalam Dato' Seri Dr Hajah Vida mengeluarkan kenyataan di Instagramnya berhubung insiden yang menimpa rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwa diberi layanan seperti budak sekolah oleh Astro, sedangkan dia membayar tajaan berjuta-juta ringgit. 

Menurut Vida, dia datang ke program Gegar Vaganza 5 Ahad lalu tidak ditegur oleh dua pengacara program tersebut iaitu Nabil dan Jihan. 

"Kehadiran bagai tamu tak diundang. Nabil, Jihan tiga kali lalu depan saya. Usahkan tegur, pandang pun tak. Ya Allah, begini rupanya nasib penaja," katanya. 

Bagaimanapun, Nabil dan Jihan tampil menafikan dakwaan Vida dan menegaskan mereka telah difitnah. 

"Kalau nak fitnah pun agak-agak la. Kalau cakap kami tak tegur, ramai kat depan tu yang nampak kami panggil. 

"Tapi tak apalah, kalau dah fitnah kami okey je. Nak risau buat apa kan? Allah Maha Mengetahui and by the way hutang saya bila nak bayar yea? Dah dua tahun lebih tunggu. 

"Kalau ada apa-apa masalah boleh WhatsApp yea. Tak payah guna Instagram atau Facebook nak aib dan fitnah orang yea makcik," tulis Nabil di ruangan komen.

Sementara itu, Jihan melalui Instastory pula menjelaskan, dia siap menjerit memanggil dan melambai pada Vida pada malam itu. 

"Ye ke? Tak baik fitnah. Kitalah yang paling excited nampak beliau semalam. Siap jerit panggil nama, lambai-lambai dan siap muahmuahmuah lagi macam selalu. 

"Kita bertentang empat mata masa tu. Saling melontarkan senyuman. Saya ingat, kami di atas melambai masa baru sampai tu sebelum habis commercial break. Rasanya semua yang kat depan-depan tu semua nampak.

"Saya ingat, saya selalu ingat orang yang saya kenal dan jumpa," katanya. 

Mengulas mengenai tuduhan masih berhutang itu, Vida berkata dia tidak mengetahui hutang yang dimaksudkan itu dan terkilan dengan Nabil yang menggelarnya sebagai makcik. 

"Kalau dia cakap macam tu, dia seperti memalukan dirinya sendiri. Dahlah tu siap panggil makcik kat saya. Makcik sangat ke? Amboi," katanya. 



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.