'Bila berjauhan perasaan rindu membuak, bila pulang suami nampak muka isteri macam anjing'


Apabila hati manusia telah hitam, pelbagai perkara jahil yang dilakukan sehingga melampaui akal fikiran. Sikap cemburu yang telah bersarang di dalam hati menepiskan segala iman dan amal yang dilakukan. Lantas jalan yang salah dipilih dan bersekongkol dengan jin dan syaitan. Saka, sihir, santau dan sebagainya antara jalan halus yang digunakan individu untuk menjatuhkan individu lain.

Seringkali kita mendengar perkahwinan yang bahagia pada awalnya, berakhir dengan penceraian.  Si suami pada mulanya seorang yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Apabila diselidiki, rupanya sudah terkena buatan orang. 

Situasi sebegini turut dikongsikan oleh Muhammad Hassan yang menceritakan pengalaman yang pernah berlaku pada rakannya sendiri. Apa yang mengejutkan, rakannya disihir ketika acara merenjis tepung tawar hari pertama perkahwinan beliau dan  gambar perkahwinan digunakan untuk upacara sihir. 

INI berlaku kepada rakan saya sendiri, kesan sihir yang beliau hadapi sekarang. Beliau  adalah  pensyarah di sebuah universiti, dikurniakan 3 cahaya mata. Dulu beliau seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dan sentiasa menghargai isteri dan anak-anak.

Senang cerita beliau ini langsung tiada ciri ciri 'suamiku dajjal'. Nak jentik telinga isteri jauh sekali apatah lagi mahu menengking isteri dan anak-anak. 

Namun awal Januari lepas beliau terpaksa buat keputusan untuk berjauhan dengan isteri seketika. Lagi beliau sedih dapat pula tekanan dari pihak isteri supaya memilih untuk berpisah. Namun jika ini yang terbaik maka beliau akur demi kebaikan isteri. 

Puncanya SIHIR. Pernah suatu hari isteri mesej ajak makan tengah hari dirumah bersama. Isteri  masak sedap-sedap, tapi balik rumah nak makan tengok dalam lauk penuh dengan ulat. Tengok muka isteri nampak tua, bau busuk. Paling saya terkejut beliau cerita (sambil menangis teresak esak) beliau  nampak muka isteri berwajah anjing. 

Pernah  nampak isteri sedang 'bersama' lelaki lain dalam bilik, sedangkan isteri  sedang tidur bersama anak. Sampai satu tahap datang bisikan supaya memukul isteri. Dari situlah bermulanya beliau  kerap memukul isteri sehingga ditahan ke lokap.

Apabila berjauhan perasaan rindu membuak buak, namun apabila balik ke rumah tengok wajah isteri  terus datang perasaan benci. Kejadian ini bermula berlaku pada tahun 2014 lagi, beliau kerap bermimpi perkara pelik, sering nampak kelibat di ruang tamu. 

Pelbagai rawatan, ubatan dan solat hajat setiap malam dilakukan. Akhirnya Allah zahirkan dalam mimpi dengan jelas wajah orang yang sihir beliau. 

Nak tahu bagaimana sihir ini dilakukan? Ketika merenjis tepung tawar hari pertama perkahwinan beliau dan  gambar perkahwinan digunakan untuk upacara sihir. 

Ustaz rawatan islam memaklumkan kepada beliau. Jin yang mereka guna ini terlalu kuat dan jadikan badan beliau sebagai perumah. Badan akan jadi panas apabila dengar azan dan ayat-ayat Al Quran. 

Agak menyedihkan saya lagi melihat laporan ujian darah dari hospital, beliau disahkan hyperthyroidism. Dari sudut perubatan apa yang berlaku kepada beliau  ada kaitan dengan masalah kesihatan. Namun saya tidak menafikan masalah SIHIR yang beliau hadapi sekarang dan sudah tentu  beliau perlukan rawatan untuk kedua kedua masalah ini. 

Maka celakalah bagi mereka yang bersekongkol dengan syaitan untuk merosakkan keluarga bahagia ini. Terimalah azab yang pedih dari Allah bagi mereka yang mengamalkan ilmu sihir. 

Sahabat. Jangan lupa amal surah Al Baqarah 285-286 setiap hari. Elakkan upload   gambar penuh bersama pasangan atau kecantikan di Facebook untuk mengelakkan dari 'penyakit ain'. Dan Jangan terima apa-apa pemberian barangan yang pelik dari orang yang kita tidak kenali atau orang yang kita kenali. 

JAUHI ILMU SIHIR

-EncikMatt-
#LelakiBurQa



Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.