Wanita bunuh, lapah dan kisar daging teman lelaki sebelum dihidang kepada pekerja


Seorang wanita dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditahan kerana didakwa membunuh teman lelakinya sebelum dilapah dan dimasak serta dihidangkan kepada para pekerja. 

Menurut pihak berkuasa, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu membunuh pasangannya yang telah bersama selama lapan tahun selepas lelaki itu memberitahu yang dia akan berkahwin dengan perempuan lain. 

Perbuatan jenayah suspek mula terbongkar ketika abang mangsa yang mula menyedari kehilangan adiknya itu. 

Abang mangsa datang ke rumah pasangan berkenaan dan bertanya di mana keberadaan adiknya, namun suspek memberitahu dia telah menghalau keluar lelaki itu. 

Pemeriksaan polis di rumah suspek menemui gigi manusia di dalam blender yang kemudian diambil untuk ujian DNA dan disahkan milik mangsa. 

Ekoran itu, suspek ditahan dan mengaku telah membunuh teman lelakinya itu. 

Suspek turut mengaku menggunakan blender untuk mengisar daging mangsa sebelum digunakan untuk memasak masakan tradisional, 'Machboos', yang dibuat daripada daging dan nasi. Suspek juga memberi 'hidangan' itu kepada pekerja yang tinggal berhampiran. 

Suspek memaklumkan dia meminta bantuan rakannya untuk menghapuskan saki baki mayat mangsa. Apabila disoal siasat, rakannya pula berkata dia tidak menyaksikan kejadian itu walaupun menyedari banyak kesan tompokan darah di seluruh rumah pasangan itu. 

Sumber: Asia One


Sumber : CiteMalaya

No comments

Powered by Blogger.